Ciri-Ciri Lelaki Yang Tidak Digalakkan Dinikahi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercinta dengan seseorang lelaki, kita mudah untuk mengenali peribadi yang mereka anda. Hal ini kerana, mereka akan lebih bersifat semula jadi dalam menunjukkan sifat mereka yang sebenar. Jadi amat mudah untuk seorang wanita menilai pasangan mereka itu. Wanita perlu lebih berhati-hati dalam mencari pasangan agar tidak menyesal dikemudian hari. Ataupun lebih tepat tidak akan merasa bahagia apabila telah menjadi isteri kepada suaminya itu.



Seorang lelaki yang baik, tidak patut memiliki ciri-ciri ini. Jadi sebagai seorang wanita anda perlu elakkan lelaki yang memiliki lima ciri ini.

1. Tidak sensitif perasaan wanita.

Seorang lelaki perlu sentiasa peka akan perasaan wanita. Hal ini kerana, wanita lebih mudah untuk berubah perasaan dan emosi. Jadi jika seseorang lelaki itu tidak peka terhadap perasaan pasangannya pelbagai kemungkinan akan berlaku. Sebagai contoh wanita akan mula memberontak, mencari perhatian dan mencari gaduh.

2. Malas bekerja.

Sifat malas bekerja ini sukar untuk dibendung. Ia kerana bergantung pada individu tersebut. Lelaki yang malas bekerja ini biasanya hanya mengharapkan pasangannya untuk menanggungnya. Sedangkan tanggungjawab mencari nafkah dan memenuhi keperluan rumah adakah tugas seorang suami atau seorang lelaki.

3. Kurang bercakap dan bergurau.

Seorang pasangan yang baik juga perlu sentiasa bercakap dan bergurau dengan pasangannya. Jadi jika kekurangan komunikasi dan bergurau senda ini akan membolehkan satu perhubungan itu menjadi suram. Di mana masing-masing akan mula tawar hati dengan pasangan mereka. Baik lelaki ataupun perempuan.


4. Suka meninggi suara.

Seorang lelaki yang meninggi suara ini biasanya tidak tahu untuk menghormati pasangannya. Walaupun kesalahan kecil yang dilakukan, ia mampu menimbulkan kemarahan si dia. Dan mereka yang suka meninggi diri ini biasanya seorang yang panas baran dan kurang mesra dengan orang sekelilingnya.

5. Berat sebelah.

Menjadi lelaki perlu tahu bagaimana untuk bersifat adil, dalam semua keadaan. Baik terhadap keluarganya, isteri dan rakan-rakannya. Jika seorang lelaki mengabaikan isterinya demi kepentingan lain. Maka ia tidak sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Hal ini kerana, dia perlu melindungi pasangannya bukan mengabaikannya.

Sebelum menerima satu lamaran daripada seorang lelaki, wanita itu perlu tahu sifat peribadi tersebut. Di samping mengenali mereka dengan lebih dekat. Hal ini kerana, untuk mengelakkan mereka merana pada masa hadapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen