Tips Kekal Bahagia Dengan Formula Ini Walaupun Dilukai.

Semua orang inginkan kebahagian dalam hidup. Meskipun susah, tetapi hatinya tenang, damai dan merasa cukup dengan apa yang ada. Bagi yang patah hati apabila pasangannya memutuskan ikatan, mempunyai masalah perhubungan. Semua ini ada solusinya yang tersendiri. Apa solusinya? Ini.



1. Istighfar.

Dengan memperbanyakkan istighfar, Allah akan mengampunkan dosa kita. Dengan keampunan tersebut, maka mudahlah bagi Allah untuk memakbulkan apa yang kita minta. Jika ada masalah dalam perhubungan, istighfar dan minta saja apa yang dihajatkan. Moga diperkenankan.

2. Solat sunat taubat.

Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Yang terlepas, hanyalah nabi yang maksum. Oleh itu, untuk mencari bahagia, perbanyakkan solat sunat taubat agar dosa kita diampunkan Allah. Kita tidak tahu, mungkin saja perhubungan kita dengan si dia selama ini terpesong dari landasan yang betul menyebabkan hati rasa terhimpit dan resah. Oleh itu, bertaubatlah agar bahagia kembali datang.

3. Membaca Al-Quran

Dalam al-Quran, banyak kisah-kisah teladan, nasihat dan motivasi yang boleh kita rujuk sebagai pengajaran dan panduan hidup. Oleh itu, ambil dan amalkan. Jika tidak tahu mahu buka surah dan ayat mana. Buka saja mana-mana halaman, niatkan untuk mencari petunjuk. Dengan demikian, Allah akan tunjukkkan jalan keluar bagi kita dengan menayangkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan apa yang dihajatkan.

4. Sabar.

Orang yang sabar, darjatnya tinggi dan amat disayangi Allah. Jika dibandingkan kesusahan dunia dengan pahala yang diberi, pastinya kita akan meminta selalu kesusahan di dunia ini. Kerana di akhirat kelak barulah akan kelihatan pahala dan ganjaran tersebut.


Membalas dendam kepada orang, menyakiti diri sendiri adalah perkara yang tidak patut dilakukan oleh kita untuk memberi kebahagian dalam hidup. Itu bukan caranya. Bahkan lebih parah, ia akan menyebabkan hati bertambah resah dan gelisah dengan perbuatan tersebut.

Oleh itu, cari panduan yang benar untuk mencari kebahagiaan hidup. Dengan demikian akan menjadikan kita seorang yang positif dan bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Senyum dan teruskan perjuangan. Itu yang lebih utama.


 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen