Kenali Karekter Pasangan Talam Dua Muka.

Manusia ini boleh dikategorikan dalam beberapa jenis. Ada juga yang dikatakan talam dua muka. Depan kita bukan main baik, belakang kita. Huh. Habis dia cerita keaiban dan keburukan kita. Jadi, macam mana nak kenal mereka ini? Senang je.



1. Layanan.

Bila berada dengan orang tertentu, dia akan jadi sangat baik dan sopan. Tetapi apabila bersama dengan orang yang sedikit lekeh, maka layanannya akan berubah. Nak mudah, tengok saja dia dengan keluarga. Kalau dengan keluarga dia okey, maknanya untuk dia jadi pasangan anda amat sesuai dengan anda. Sebab, keluarga adalah orang yang paling rapat dan aib juga tidak akan dibuka dengan sewenang-wenangnya. Tetapi, bila dia bersikap buruk terhadap keluarga, ini membuktikan dia adalah orang talam dua muka. Depan orang muka main elok, dengan keluarga sendiri, hampeh. Kalau kahwin dengan orang begini, hampeh jugalah.

2. Mungkir janji.

Ia adalah salah satu daripada sifat orang munafik. Berjanji dengan orang bukan main sedap lagi. Manis kata-katanya. Tapi, untuk mengotakan janji. Memang taklah. Bila nak masuk meminang? Esok, lusa, tulat, lupalah. Ada saja alasannya.

3. Tutup aib sendiri, buka aib orang.

Bila buat salah, cepat je buat-buat tak dengar, alih topik lain. Memberontak secara tiba-tiba. Lagi best, suka buka aib orang. Aib sendiri tak nampak langsung. Huh. Menyalahkan orang lain pun kadang-kadang boleh terjadi. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah terbabit sekali.

4. Cuba menjadi yang terbaik.

Sebenarnya dia nak tutup kekurangan yang ada. Beli handphone mahal-mahal, baju cantik-cantik hanya untuk bagitahu semua orang yang dia mampu. Padalah hutang bertimbun, duit minta pada mak ayah. Oh. Memalukan betul.

5. Baik bersebab.

Huh. Memang kurang asamlah. Time baik dia datang, time susah dia tinggal saja. Kalau dah selalu kena game, baik tinggal saja. Buat apa juga bersama dengan orang yang macam ni. Buang masa.


Jadi, pilih betul-betul orang yang macam mana yang boleh dijadikan pasangan hidup. Bukan main rembat saja. Bahaya tu. Baik lelaki mahupun wanita. Hati-hati dalam bab ini. Kalau boleh nasihat, nasihat dahulu. Kalau tidak mampu juga, tinggal lebih elok kot. Tapi tinggal dengan cara yang baiklah ya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen