Mengubah Kerugian Menjadi Keuntungan. Usah Bersedih Dengan Masa Lalu.

Berpisah dengan orang yang pernah kita sayang kadang kala amat menyakitkan hati. Tetapi, apa boleh buat. Orang kata, jodoh dah tak ada. Nak buat macam mana. Andai kita terlalu berharap pun tak elok juga. Bersedih untuk perkara ini saja tiada gunanya.

“Ubah buah lemon yang masam menjadi air lemon yang manis dan sedap.” Sudah tentunya apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita juga pastinya ia adalah yang terbaik buat kita.



Kita tidak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku. Apa yang perlu dilakukan hanyalah, tidak mengenang apa yang telah berlaku kerana semestinya mengubah masa lalu adalah mustahil. Jangan juga terlalu memikirkan masa hadapan yang belum pasti kita dapatkan. Berfikir terlalu baik pun usah, apatah lagi bersangka buruk di masa hadapan. Kerana akan memberi kesedihan hidup.

Begitulah kehidupan orang yang sangat percaya dengan perkara karut dan mistik. Mempercayai tukang tilik dan sebagainya akan menimbulkan keluh kesah untuk menghadapi masa akan datang. Perasaan takut pasti selalu menghantui kehidupan.

Apa yang perlu dilakukan adalah menjadi yang terbaik buat masa sekarang. Sentiasa hidup dalam keadaan positif untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang berlaku. Perkara yang telah dilalui, biarkan saja berlalu.


Maafkan dan lupakan kesilapan orang terhadap kita. Ingat, takdir telah berlaku itu tidak boleh diubah. Maka, bersikap redho itu perlu. Kehidupan di masa lampau, jadikan ia sebagai pengajaran hidup. Usah lakukan perkara yang sama kepada orang lain apabila dahulu kita dikhianati. Ubah diri menjadi seorang yang lebih baik dan lakukan yang terbaik buat pasangan kelak.

Orang bijak dan hebat itu, mampu mengubah kerugian menjadi keuntungan. Lihat saja orang berbisnes. Jika dia mampu membina perniagaan dari bawah, dia akan dipandang hebat berbanding orang yang hanya menyambung legasi perniagaan keluarga. Kerana sudah tentunya orang yang menyambung legasi tidak banyak rintangan yang dihadapi untuk membina empayar tersebut.

Jadi, masih mahu bersedih? Usahlah. Membuang masa sahaja. Bina hidup yang baru. Jadi orang yang positif. Apa sahaja ujian yang diterima, dilalui dengan senang hati. Kerana pasti, apabila kita bersabar dengan ujian tersebut, maka Allah akan memberikan ganjaran pahala buat kita. Kan? So, smile!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen