10 Perkara Anda Tidak Patut Lakukan Setelah Pasangan Curang Terhadap Anda.

Jadi kepada anda di luar sana, setelah dicurangi dan dipermainkan oleh pasangan, jom ketahui perkara apa yang anda TIDAK patut lakukan!

1. Jangan memaksa perasaan sendiri untuk sembuh dengan cepat.

Anda perlu tahu, ketika hati anda terluka, bukan mudah untuk menyembuhkan calar di hati tersebut. Ia mengambil masa dan tidak boleh memaksa anda menjadi seperti tiada apa yang terjadi pada esoknya.



2. Jangan mahu samakan kesalahan si dia dengan anda.

Si dia menipu anda dengan berlaku curang dan tidak jujur. Jadi, anda juga mahu mencari pasangan lain untuk menyakiti hati mereka pula. Ia adalah tindakan yang hanya dilakukan oleh insan yang tidak matang sahaja.

3. Jangan menjadi terlalu murung.

Ia adalah perkara normal jika anda menangis setiap malam. Tetapi jika anda seperti tidak mahu berkomunikasi langsung dengan orang sekeliling dan mahu terperap di dalam bilik sahaja, ia adalah sangat tidak sihat pada badan anda sendiri.

4. Jangan menjadi ‘mangsa’ yang menyedihkan.

Ya, anda adalah mangsa keadaan, kerana pasangan curang terhadap anda. Tetapi anda perlu bangkit menjadi kuat dan pertahankan hubungan anda berdua jika anda masih sayangkan si dia. Jangan terlalu merayu dan lemah.



5. Jangan libatkan anak-anak.

Jika anda telah berkahwin dan mempunyai anak. Jangan libatkan mereka dalam pergaduhan anda, kerana ketika mereka kecil, otak mereka mudah serap setiap perkara yang mereka lihat.

6. Jangan benarkan pihak lain untuk menentukan sama ada, anda patut bercerai atau tidak.

Anda perlu tahu, mahu putus atau bercerai, ia terletak pada tangan pasangan atau anda, bukannya pihak lain. Oleh kerana itu, jika anda berdua bergaduh, lebih baik dalam keadaan orang lain tidak dapat melihat.

7. Jangan menghiraukan perkara yang berlaku.

“Oh, dia curang ke? Lantak la, suka hati dia nak buat apa”



8. Jangan mengharap perkara yang sama seperti di awal perkenalan.

Anda sudah mengenali si dia beberapa tahun, dan dalam pada masa itu ternyata banyak perkara yang berubah. Dan jika berlaku pergaduhan atau curang, sudah tentu situasi tidak lagi sama, apa yang kalian perlu lakukan adalah memperbaiki diri masing-masing dan berubah menjadi baik.

9. Jika anda perlukan kaunselor, ikuti jadual terapi dengan disiplin.

10. Dan yang penting, jangan hiraukan kesihatan badan anda. Anda perlu kuat!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen