Ciri-Ciri Lelaki Yang Dapat Berdampingan Dengan Wanita Berkeyakinan Tinggi.

Wanita yang berkeyakinan tinggi tidak takut untuk bersuara, kerana mereka memang begitu yakin dengan setiap perilaku mereka. Jadi, lelaki yang bagaimanakah dapat berdampingan dengan mereka? Jom baca!

1. Kerana wanita ini sangat berkeyakinan tinggi, maka mereka memerlukan lelaki yang berkeyakinan juga. Lelaki yang menganggap wanita ini adalah sebagai satu ancaman, maka anda akan diucap selamat tinggal.



2. Wanita ini akan membuatkan seorang lelaki akan bercakap benar kerana segala perilaku lelaki yang sangat menjengkelkan, mereka tidak akan teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar.

3. Wanita ini bekerja keras dan tidak mudah menangguh kerja. Jadi, lelaki yang cepat putus asa, tidak ada dalam list mereka, maaf!

4. Wanita ini mahukan hubungan yang berkekalan seperti keyakinan diri mereka, jadi lelaki di luar sana perlu faham bahawa wanita ini mahukan hubungan yang setia dan bukan main-main.



5. Wanita ini direct to the point dan tahu apa yang mereka mahukan di dalam hidup mereka. Lelaki yang tiada matlamat hidup dan gemar melengahkan semua perkara, mereka akan berfikir dua kali untuk dijadikan teman hidup.

6. Secara automatik, wanita ini akan sangat tertarik pada lelaki yang berkeyakinan tinggi dan sentiasa positif kerana mereka juga perlukan kata-kata semangat ketika mereka di dalam tekanan, bukannya lelaki yang tiada solusi dan sentiasa dengan kata-kata negatif.

7. Wanita ini akan sedaya upaya membuatkan sesuatu hubungan itu menjadi kenyataan. Dan jika mereka merasakan lelaki itu seperti tidak menyumbang apa-apa di dalam perhubungan, mereka akan menganggap anda sebagai lelaki yang amat membosankan.



8. Wanita ini tidak akan terhegeh-hegeh kepada lelaki, kerana mereka yakin jika tiada lelaki mahu mengejar mereka, masih ada lelaki di luar sana mahukan mereka.

9. Mereka tidak takut untuk menyuarakan isi hati mereka kerana mereka tidak suka jika lelaki berteka-teki tentang perasaan mereka. Jadi lelaki jangan terlalu sensitif dan jadi lah pendengar setia.

10. Wanita ini juga tidak takut untuk mengaku kesalahan mereka dan sering meminta maaf jika menyakiti perasaan orang lain. Jadi mereka kurang gemar, jika lelaki adalah seorang pendiam dan kurang berinteraksi dengan mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen