10 Perkara Menarik Lelaki Perlu Tahu Sebelum Mengenali Wanita Pendek.

Majoriti lelaki akan jatuh hati pada wanita yang lebih pendek daripada mereka, kerana mereka menganggap wanita pendek ini sangat menarik dan kelihatan comel. Tetapi, lelaki juga perlu tahu di sebalik kecomelan wanita ini, jom baca!



1. Setiap perkara yang mereka lakukan memang kelihatan comel, tetapi lelaki jangan pula dengan secara terbuka memuji kecomelan mereka. Ini kerana, sebenarnya mereka kadang-kala tidak suka kelihatan comel, tetapi mahu mahu kelihatan anggun seperti wanita yang tinggi.

2. Lelaki jangan memanggil mereka dengan panggilan “Hey, si pendek” jika tidak mahu melihat mereka merajuk dan memuncung kan mulut seperti itik. Kadang-kala situasi ini boleh membawa kepada pergaduhan juga.



3. Lelaki jangan cuba berjalan lebih laju daripada wanita pendek, ini kerana mereka menganggap anda seperti memperkecilkan mereka dan tidak mahu berjalan bersama.

4. Wanita pendek sebenarnya tidak diskriminasi pada lelaki pendek atau sama tinggi dengan mereka, cuma mereka memang mengidamkan lelaki yang lebih tinggi dan mengimpikan anak-anak mereka menjadi tinggi pada masa hadapan.

5. Ketinggian mereka yang rendah sebenarnya tidak menjejaskan personaliti mereka. Malah kadang-kala mereka merasakan ia adalah kelebihan yang mereka miliki, dan akan membuat lelaki akan lebih jatuh cinta dengan ketinggian mereka.



6. Lelaki jangan memandang rendah pada wanita pendek ya, kerana sebahagian daripada wanita pendek mempunyai stamina yang lebih kuat sebenarnya. Siapa yang tahu, bukan?

7. Jika lelaki sering mengusik mereka dengan meletak barang di tempat yang tinggi, jangan anggap mereka akan berkelakuan comel dan meminta tolong anda untuk mengambil barang tersebut.

Tetapi mereka sendiri yang akan usaha untuk mengambil barang tersebut menggunakan tangga, kerusi atau dengan apa jua cara sekalipun.



8. Wanita pendek berupaya untuk bergerak dalam keadaan yang sesak atau tempat yang ramai orang. Malah mereka mudah untuk mencapai barang pada tempat yang sempit.

9. Bersiap sedia jika wanita pendek ingin membisik sesuatu di telinga anda, kerana anda perlu membongkokkan badan hingga paras mereka. Tidak menjadi masalah jika kalian berdua duduk di tempat sama tinggi.

10. Dan sebenarnya anda akan terkejut kerana secara realiti mereka lebih pendek dan kecil berbanding di dalam gambar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen