5 Situasi Yang Dapat Menawan Hati Lelaki Ketika Kali Pertama Berkenalan.

Bilakah kali pertama anda berkenalan? Bilakah kali pertama anda membawa teman lelaki berjumpa dengan keluarga? Bilakah kali pertama anda merindui si dia?

Tahukah anda wahai wanita, situasi ‘kali pertama’ dalam hidup lelaki apabila bertemu dengan insan teristimewa kadang-kala memang sukar dilupakan. Dan bagi mereka situasi begini sangat mencabar dan gementar tapi dalam masa yang sama dapat menawan hati mereka.



Jadi, apakah situasi ‘kali pertama’ yang dapat menawan hati sang jejaka itu? Jom baca!

1. Kali pertama lelaki diperkenalkan pada keluarga.

Memang benar, apabila berjumpa dengan keluarga terutama ibu bapa teman wanita, perasaan gementar tidak dapat disorokkan. Ternyata tangan si lelaki menggeletar, tergagap dan berpeluh sehingga mereka sendiri tidak dapat bernafas.



Tetapi, apabila si lelaki sudah dapat menyesuaikan diri mereka dengan keluarga teman wanita, sudah pasti bagi mereka situasi begini sangat bermakna dalam hidup mereka. Mungkin kerana apa yang si lelaki harapkan sebenarnya tidak terjadi pun.

2. Kali pertama apabila lelaki menerima text sms.

Apabila si lelaki telah jatuh cinta pada seseorang, perkara yang membuat mereka sangat gementar adalah dengan menghubungi wanita tersebut. Sama ada melalui call atau menghantar whatsapp.



Mereka mengandaikan adakah wanita ini tidak akan melayan mereka? Adakah wanita suka dengan permainan minda? Menjadi psiko? Seperti menguji sikap mereka? Jika ternyata wanita itu tidak la seperti apa yang mereka jangkakan, ia sudah tentu membuat mereka tersenyum.

3. Kali pertama lelaki merindui anda.

Lelaki merasakan kali pertama mereka merindui teman wanita adalah perkara yang sangat mencabar. Mereka malu untuk memulakan bicara bahawa mereka terlalu merindui anda, tetapi apabila setelah berminggu-minggu atau berbulan tidak berjumpa, perasaan itu seperti sangat menyakitkan.

Daripada situasi ini, lelaki sedar bahawa anda adalah wanita yang amat bermakna dalam hidup mereka.



4. Kali pertama lelaki tidak perlu lagi khuatir tentang bertemu janji.

Pada kali pertama bertemu janji, sudah tentu mereka sangat khuatir jika anda tidak suka pada penampilan mereka, percakapan atau perbuatan. Menjadi seorang lelaki yang gentleman pada wanita yang mereka minati adalah perasaan yang tidak boleh luahkan dengan kata-kata.

Tetapi apabila mereka sedar bahawa wanita itu dapat menerima mereka seadanya, sudah tentu mereka boleh melepaskan nafas lega dan akan berusaha untuk menarik perhatian wanita tersebut.

5. Kali pertama lelaki dapat melihat masa hadapan.

Tahukah anda apakah perasaan lelaki apabila kali pertama mereka dapat melihat seorang wanita itu ada potensi untuk menjadi bakal isteri mereka? Perkara itu yang dapat menawan hati mereka yang sebenar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen