Ciri-Ciri Lelaki Itu Anak Manja Emak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki itu mungkin akan kelihatan sangat macho, gagah dan berani di hadapan orang lain. Tetapi jika berhadapan dengan ibunya, dia lah manusia yang paling menurut kata dan penuh kelembutan. Ia bukan disebabkan kepura-puraan tetapi lebih kepada terlalu sayang akan ibunya. Baginya ibunya tidak akan sama dengan wanita lain. Dan ibunya banyak berkorban demi melahirkan dirinya dan membesarkan dirinya. Ramai wanita menganggap lelaki yang anak emak ini sangat melecehkan dan sukar dikawal kerana sentiasa melebihi ibunya. Walhal lelaki ini adalah calon suami yang terbaik kerana tahu menghormati wanita yang hadir dalam hidupnya.



Jadi ini dia, lima ciri untuk mengenali lelaki itu anak manja ibunya.

1. Kongsi banyak perkara dengan ibu.

Seorang anak mak ini akan kongsi banyak perkara dengan ibunya. Tidak ada satu pun yang akan dirahsiakan dari ibunya. Jadi kalau ada rahsia yang disimpan pasti mudah dihidu oleh ibunya. Dan setiap perkara yang akan dilakukan akan memperoleh pendapat ibunya dahulu sebelum anda.

2. Sentiasa anda bersama ibunya.

Mereka ini mudah mendampingi ibunya ke mana sahaja ibunya pergi. Si dia juga mudah untuk menemani ibunya ke pusat membeli belah atau pun majlis keramaian. Jadi jika anda lihat dirinya bersama seorang wanita, itu pasti ibunya yang disayangi. Mereka ini tidak sanggup melihat ibunya ke mana-mana seorang diri.


3. Hormat pada ibunya.

Lelaki yang manja akan ibunya ini juga seorang yang sangat menghormati ibunya. Dalam segala hal keputusan ibunya akan diikuti. Hal ini kerana, si dia tidak mahu melukakan hati ibunya. Jadi dengan itu, mereka ini pasti seorang yang takut melukakan hati seorang wanita. Kerana ibunya juga mudah terluka dengan perbuatan itu

4. Utamakan ibu dalam segala hal.

Apabila bercinta dengan mereka ini, anda perlu memahami sifatnya yang akan mengutamakan ibunya dalam segala hal. Sehingga kadang kala akan mengabaikan anda. Dan mereka ini lebih mengikuti kemahuan ibunya dari anda.

Sebenarnya, lelaki yang manja dengan ibunya ini adalah seorang yang sangat lembut hati. Mereka tidak sanggup melukakan hati wanita terutama ibunya. Kerana mereka tahu pengorbanan seorang wanita dan juga ibu itu adalah sangat besar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen