Cara Meyakinkan Ibu Bapa Agar Merestui Perkahwinan.

Ujian hidup setiap orang berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Ada orang yang diuji dengan ibu bapa yang susah untuk melepaskan anaknya untuk mendirikan rumah tangga mungkin atas faktor hantaran, pemilihan calon dan usia. Apapun, berikhtiar bagi mendapatkan restu perkahwinan daripada mereka melalui cara ini.



1. Tunjukkan kesungguhan.

“Siapa yang berusaha, pasti akan berjaya.” Oleh itu, berusahalah untuk kearah tersebut. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, buat simpanan yang sewajarnya untuk majlis perkahwinan dan katakan kepada mereka dalam keadaan bersedia, tenang dan penuh isi agar semua persoalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik.

2. Matang.

Siapa saja yang masih bermain-main diusia yang telah dewasa, pastinya tidak memberi keyakinan untuk ibu bapa membenarkan anaknya berkahwin. Oleh itu, bersifat matanglah dalam sesuatu hal. Buang sikap-sikap negatif yang ada sebelum ini, jadi orang positif dan boleh dipercayai.

3. Beri sebab yang boleh diterima.

Antara sebab ibu bapa tidak mahu melepaskan anaknya kepada orang lain kerana risau hidup anaknya tidak bahagia kelak. Apabila sudah berbincang dengan ibu bapa, berikan sebab yang munasabah kenapa anda memilih si dia, kenapa masa ini adalah masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

4. Akhlak yang baik.

Berusahalah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Perbanyakkan ibadah, tuntut ilmu agama secara mendalam dan perbaiki diri dari masa ke semasa. Dengan cara itu akan melembutkan hati mereka untuk menerima cadangan anda. Tapi, jangan berlakon pula ya. Buat betul-betul dan ikhlas. Disamping itu juga minta pertolongan daripada Allah agar mereka dapat merestui perkahwinan yang ingin dibina.

5. Tanya faktor penolakan.

Mungkin ada sebab tersendiri yang menyebabkan mereka tolak permintaan itu. Oleh itu tanya dan beri hujah dengan tenang. Sekiranya mereka benar, terima dan perbaiki kelemahan tersebut agar tidak berulang lagi.


Dalam membuat pilihan untuk perkahwinan, memanglah ianya bukan salah satu daripada syarat nikah. Tetapi dalam masa yang sama kita ingin menjaga hubungan kekeluargaan. Oleh itu, gunakan cara ini terlebih dahulu untuk menyelamatkan keadaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen