Lima Sebab Bercinta Dengan Seorang ‘Nerd’ Itu Menyeronokkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai nerd pasti di dalam pemikiran kita si dia adalah seorang yang sekma dan sentiasa mendekatkan diri dengan buku-buku. Kehidupannya jauh sekali bersama dengan perempuan. Dan paling tidak mungkin untuk memiliki pasangan. Tapi ada sahaja yang mempunyai pasangan. Tahukah anda bahawa bercinta dengan mereka ini amat menyeronokkan. Dan paling penting bahagia.



Ini dia lima perkara yang menyeronokkan mengenai mereka.

1. Sifat ingin tahu mereka.

Seorang nerd biasanya lebih memilih hidup bersama dengan perkara yang berfaedah berbanding dengan perkara yang membuang masa. Mereka kebanyakannya lebih mengikut kemahuan ibu bapa dari mengikut kehendaknya sendiri. Jadi sifat ingin tahu mereka adalah lebih menarik berbanding lelaki lain. Dan yang menyeronokkan ialah apabila anda dan dirinya mencuba sesuatu yang baru.

2. Bijaksana.

Mereka ini biasanya dikaitkan dengan seorang yang bijak. Jadi mudah bagi anda untuk meminta bantuan dalam segala hal. Sebagai contoh meminta bantu untuk membaiki komputer riba anda. Tidak pun dalam pelajaran yang anda tidak tahu. Pasti dengan mudah si dia mengajar anda.

3. Tidak menghakimi.

Mereka ini juga lebih mudah menerima berbanding menghakimi setiap perbuatan dan penampilan anda. Bagi si dia anda akan sentiasa cantik dalam mengenakan apa jua pakaian. Tidak pernah memberi complain yang menjatuhkan rasa keyakinan anda. Semuanya pasti sokongan yang membuat anda bersemangat.


4. Romantik secara semula jadi.

Secara luarannya, mereka ini kelihatan sangat bersahaja dan tidak romantik. Tetapi apabila mendekatinya, anda akan tahu bahawa dirinya begitu romantik. Dan sifat romantiknya bukan dibuat-buat demi mendapatkan hati anda. Tetapi lebih bersifat semula jadi kerana dia yang mahukan anda kekal bersamanya.

5. Tidak menarik perhatian orang.

Mereka ini juga tidak mudah untuk menarik perhatian wanita lain. Jadi lebih mudah untuk dijaga dan lebih setia. Apa yang penting si dia tidak akan curang dengan mudah. Kerana tidak ramai yang tahu akan kelebihan orang nerd ini.

Bercinta dengan seorang yang nerd ini menyeronokkan. Mengapa? sebab anda dan dirinya akan berkongsi pelbagai perkara yang menyeronokkan. Dan peluang memberi dan menerima juga sangat tinggi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen