Lima Tips Mencari Pasangan Ketika Anda Sedang Sibuk Dengan Kerjaya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada masa kini semua orang sedang sibuk dengan kerjaya yang tersendiri sehinggakan tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan. Tiada masa adalah alasan yang sering digunakan bagi mereka yang lebih memilih kerjaya berbanding untuk diri sendiri. Tapi sebenarnya ia bergantung pada diri, sama ada pandai mencuri masa untuk mencari pasangan ataupun tidak.



Bagaimanapun, terdapat lima perkara yang anda boleh lakukan untuk mencari jodoh dalam keadaan sibuk bekerja.

1. Dating dalam talian.

Langkah yang paling mudah apabila anda mencari pasangan melalui dalam talian. Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk keluar berjumpa dengan sesiapa. Jadi berdating dalam talian adalah perkara yang paling mudah. Ramai sahaja pasangan yang berjaya berkahwin walaupun hanya berjumpa melalui dalam talian. Jadi anda juga patut untuk cuba.

2. Ambil banyak risiko dan peluang.

Anda tidak seharusnya takut untuk mengambil peluang dalam setiap temu janji yang anda lalui. Di samping itu juga anda harus berani untuk berhadapan dengan setiap risiko yang mendatang. Jangan menganggap kesibukan anda itu menjadi salah satu punca anda tidak dapat mencari jodoh yang baik.

3. Ambil masa satu hari dalam seminggu.

Cuba kurangkan masa anda bekerja. Dalam seminggu cuba untuk berehat dengan keluar berjalan-jalan agar orang lain tahu akan kehadiran anda. Mana tahu ketika berjalan-jalan anda akan berjumpa dengan jodoh anda.


4. Jangan rasa bersalah.

Jika anda ditolak kerana anda terlalu sibuk dengan kerjaya anda, jangan pernah rasa bersalah untuk itu. Anda sebenarnya belum berjumpa dengan seseorang yang sesuai untuk anda. Jadi jangan kerana hal yang kecil anda terus mengalah dalam mencari jodoh.

5. Jangan putus asa.

Untuk mencari jodoh ini anda perlukan usaha yang banyak. Bukan setakat usaha tetapi doa juga penting. Jika anda benar-benar ingin mencari pasangan hidup, anda tidak seharusnya berputus asa. Malah lebih bersemangat dalam mencari jodoh.

Kesibukan bukan halangan untuk anda mencari jodoh. Cuma anda perlu melimitkan had kesibukan anda. Jangan terlalu mengejar kejayaan, kerana anda tidak akan bahagia jika hanya memiliki kejayaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen