Tanda-Tanda Pasangan Anda Seorang Yang Manipulatif.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan manipulatif ini mempunyai pelbagai jenis. Ada yang bertindak secara kasar dan ada yang bertindak secara halus. Jika bertindak secara kasar ia akan kelihatan seolah-olah anda dikongkong tetapi jika bertindak secara halus, ia lebih dikenali sebagai manipulatif. Tindakan secara manipulatif ini akan berlaku secara senyap-senyap. Di mana si dia akan menunjukkan rasa sayang teramat sangat pada anda, walhal si dia sedang cuba untuk mengawal anda secara senyap.



Lima tanda ini mungkin dapat membantu anda, adakah pasangan anda seorang yang manipulatif.

1. Dia mengubah diri anda.

Pada awal perkenalan si dia menerima segala kekurangan dan kelebihan anda. Tetapi tiba-tiba si dia minta untuk anda mengubah beberapa mengenai diri anda. Sebagai contoh, pakaian anda mahupun tingkah laku anda. Baginya anda kurang sesuai dengan beberapa perkara itu sehinggakan anda perlu mengubahnya demi si dia.

2. Dia menafikan apa yang dikatakan pada masa lalu.

Dia kerap melakukan pelbagai janji dan kata-kata. Tetapi satu pun tidak boleh digunakan. Apabila anda mula mengungkit perkara itu. Si dia mula menafikan segala hal yang telah anda nyatakan. Bagi dirinya, dia tidak penah meluahkan hal seperti itu. Dan sanggup bersumpah bahawa dirinya tidak menyatakan hal itu.

3. Dia ingin tahu segala rancangan anda untuk masa hadapan.

Setiap orang mempunyai matlamat hidup yang dirancang. Begitu juga anda. Tetapi selaku pasangan anda, si dia mula ingin tahu segala perancangan anda demi masa hadapan. Dan si dia akan rasa kecewa jika anda tidak meletakkan dirinya di dalam perancangan itu. Dan si dia juga mengubah perancangan anda.


4. Dia akan membuat anda kasihan dengannya.

Antara sifat yang mudah anda kesan adalah apabila si dia melakukan kesalahan, si dia akan memohon maaf dan mula bercakap akan segala kelakuannya terhadap anda. Sehinggakan ia mampu menimbulkan rasa kasihan terhadap dirinya. Si dia sengaja lakukan itu demi mendapat perhatian dan rasa serba salah anda.

5. Dia akan sedih apabila anda sibuk.

Masanya tertumpu untuk mengacau hidup anda. Jadi apabila anda sibuk dengan kerja anda dan mengabaikannya, ia akan membuat dirinya sedih dan mula rasa terabai. Si dia juga akan mencari jalan agar anda kembali tumpukan dirinya.

Mempunyai pasangan manipulatif ini kadang kala ia bagus, kerana mampu mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Tetapi jika terlalu terikat dan tidak diberi ruang ia mungkin akan menyebabkan anda merasa rimas dan bosan. Lebih-lebih lagi jika anda telah sedar bahawa dirinya mengawal setiap pergerakan, perubahan dan penampilan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen