Sebab-Sebab Anda Tidak Perlu Berpura-Pura Ketika Cinta Ditolak.

Anda baru sahaja lepas putus cinta dengan seseorang. Ketika ini perasaan anda bercampur baur, tidak pasti sedih, marah, mahu menangis atau meraung. Anda tidak mahu kelihatan lemah di depan orang ramai, tetapi hati anda tercalar dan penuh dengan tangisan.

Jika hati anda mampu menangis, sudah tentu tangisan itu dalam bentuk darah yang mengalir. Dan sudah pasti orang yang berada di sekeliling anda akan terkejut apabila melihat situasi tersebut. Oleh kerana itu, tangisan hanya di mata dan bukan di hati.



Anda perlu tahu dan sedar, anda tidak perlu berpura-pura menjadi kuat dan gembira ketika cinta ditolak. Kenapa? Jom kita baca, antara sebab-sebab anda perlu menjadi normal ketika putus cinta.

1. Anda hanya lah manusia biasa.

Anda perlu sedar, anda hanya lah manusia biasa. Anda bukan Malaikat mahu pun Tuhan. Anda mempunyai perasaan. Manusia mempunyai hati dan perasaan, kerana itu Allah menzahirkan perasaan anda menjadi rindu, sayang dan cinta antara sesama manusia.

Dan di sebabkan itu, kita memerlukan ibu, bapa, adik-beradik, sahabat, suami atau isteri untuk menzahirkan perasaan tersebut. Jadi luahkan sahaja, tidak perlu untuk menutup segala hati yang terluka.



2. Anda tidak akan menipu diri sendiri.

Setiap manusia, tanpa mereka sedar, amat gemar menipu diri sendiri. Hati anda merasakan perit dan pedih selepas putus cinta. Anda tidak perlu meratapi pemergian bekas kekasih, cukup apabila anda sedar, anda hidup di realiti.

Apabila anda menipu diri sendiri, anda sebenarnya sedih tetapi berlagak seperti tiada perasaan. Kelak anda akan merasakan tidak tenang dan tidak bahagia.



3. Anda akan menjadi seorang yang berpengalaman dan berjiwa besar.

Setiap yang berlaku pasti akan menjadi pengajaran dan pengalaman untuk hidup anda. Jika anda mahu kan hidup yang indah sahaja, pasti anda tidak akan tahu betapa peritnya hati apabila cinta ditolak.

Jika anda mampu menangani  situasi cinta ini, sudah pasti anda akan menjadi lebih kuat untuk menangani masalah yang lebih berat.

Jika anda berpura-pura untuk menjadi kuat dan gembira, tetapi sebenanrya tidak. Anda mungkin tidak akan belajar daripada kesilapan. Anda bakal lakukan kesilapan ini untuk kali kedua.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen