Lima Penampilan Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai penampilan, setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Di mana mereka ini lebih meminati atau selesa memandang apabila pasangan mereka mengenakan satu pakaian dan gaya. Bagi seorang lelaki, sebelum memikat wanita, anda perlu mempunyai penampilan yang menarik dahulu. Barulah wanita itu ingin mendekati anda dengan lebih dekat.



Walaupun anda lebih selesa dengan mengenakan penampilan yang hanya simple itu tidak mengapa, apa yang penting sedap mata memandang. Oleh itu, wanita masa kini amat menyukai seorang lelaki yang mempunyai lima ciri dalam penampilannya.

1. Kemas.

Mempunyai penampilan yang kemas ini adalah perkara yang paling utama wanita lihat. Tidak kira lah anda seorang yang bergaya ataupun seorang yang simple. Anda akan mendapat perhatian dari mata wanita jika anda mengenakan penampilan yang kemas dan bersesuaian dengan anda. Ia tidak terlalu melampau, tapi cukup sedap mata memandang.

2. Tiada bau badan.

Apabila anda keluar untuk bertemu wanita pada pertama kali, penjagaan bau badan perlu dijaga. Di mana wanita agak sukar menerima bau peluh lelaki, tidak pun bau asap rokok. Jadi sebelum anda berjumpa pasangan anda, pakai minyak wangi atau apa sahaja demi menghilangkan bau badan anda. Sebab bau badan ini boleh menyebabkan mood seorang wanita lari.

3. Gaya rambut.

Gaya rambut juga memainkan peranan penting. Kalau boleh anda kemaskan rambut anda dengan sikat dan meletakkan sedikit pomade atau minyak rambut. Agar ia sedikit terletak dan kelihatan kemas. Kalau anda suka rambut panjang, pastikan rambut itu dijaga dengan baik dan tidak berbau. Wanita tidak kisah rambut panjang atau pendek tetapi rambut itu perlu kemas bukannya serabut.


4. Tiada bulu di muka.

Bulu di muka adalah seperti misai, janggut dan jambang. Tidak salah untuk menyimpan tiga benda ini. Tetapi ia hendaklah sentiasa dirapikan dan dikemaskan. Kalau dibiarkan tidak berjaga ia akan kelihatan sedikit selekeh dan menjejaskan penampilan anda. Jadi kalau rasa tidak boleh jaga, lebih baik tidak payah simpan langsung.

5. Bergaya.

Setiap orang pasti mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak kiralah gaya old school, hipster atau apa sahaja gaya. Yang penting gaya yang anda suka itu, bersesuaian dengan anda dan bentuk tubuh badan anda. Ia akan menambahkan lagi keyakinan anda jika ia bersesuaian dengan anda. Jadi cari gaya dan fashion yang bersesuaian dengan anda.

Jadi jika anda sedang mencari pasangan atau sudah mempunyai pasangan, penjagaan penampilan ini sangat penting. Kalau anda tidak menjaganya dengan baik ia mungkin akan jadi salah satu punca pergaduhan antara anda dan pasangan. Jika anda menjaga penampilan anda dengan baik pasti pasangan anda akan semakin sayang dengan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen