Kriteria Standard Piawaian Seorang Lelaki Untuk Memilih Isteri.

Percayalah. Mana-mana lelaki, jika dia sudah mempunyai kemampuan dan ingin melangsungkan perkahwinan, dia akan mencari wanita yang benar-benar boleh menjadi isteri buatnya. Tidaklah semaksimum mungkin mereka dapatkan semua kriteria tersebut. Sekurang-kurangnya ada. Dalam sebuah hadis juga ada disebutkan hal ini. Antara kriteria tersebut termasuk:



1. Kecantikan.

Lelaki adalah makhluk visual. Mudah tertarik dengan keindahan dan kecantikan. Oleh itu, cantik adalah penting baginya. Tetapi, kecantikan itu berbeza mengikut pelbagai perspektif lelaki. Ada yang suka berkulit putih, yang tinggi, sedikit berisi dan pelbagai lagi bentuk fizikal yang menjadi tarikan mereka.

2. Harta.

Wanita yang mempunyai harta yang banyak boleh membantu suami apabila berada dalam keadaan susah. Wanita berkerjaya dan mempunyai aset harta tertentu sudah semestinya lelaki tersebut tidak perlu bersusah payah ketika bersama kelak. Hanya perlu mencukupkan apa yang perlu sahaja.

3. Keturunan.

Dengan adanya keturunan yang baik, tempias juga akan terkena kepada mereka. Misalnya gelaran artis, pangkat dan masyur di kalangan masyarakat. Kekuatan ini menjadi standard seorang lelaki untuk memilih pasangan hidup.

4. Agama.

Wanita yang mempunyai agama, bagi seorang lelaki, wanita tersebut dapat menjadi pembimbing yang baik untuk keluarga kelak. Dengan ilmu agamalah wanita itu dapat membezakan perkara yang dibolehkan dan dilarang dalam islam. Kehormatan diri juga terjaga dengan baik.


Hadis yang diriwayatkan ini benar dan terbukti. Tetapi seorang lelaki dianjurkan untuk memilih wanita yang beragama. Wanita yang mempunyai agama akan patuh akan segala suruhan peraturan Islam dan taat kepada suami.

Tiga standard iaitu kecantikan, harta dan keturunan ramai juga yang memilih. Tetapi standard ini tidak kekal lama. Ia boleh bertukar dan berkurang bila-bila masa sahaja. Apabila standard itu hilang, maka hilanglah cinta tersebut. Maka, seorang wanita perlu berhati-hati memilih pasangan. Jika hanya tiga itu sahaja yang menyebabkan lelaki tersebut jatuh cinta, maka tidak selayaknya anda memilih si dia. Kerana pasti akan bergolak rumah tangga kelak apabila tiga standart itu hilang daripada anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen