8 Perkara Menarik Tentang Wanita Yang Tinggi, Bagi Lelaki.

Wanita tinggi sering mengeluh apabila tiada lelaki mahu berdampingan dengan mereka hanya kerana ketinggian mereka. Tetapi, apa yang wanita tinggi ini tidak sedar, ada sahaja lelaki yang  mahu mendampingi mereka. Berkemungkinan lelaki itu pendek, dan wanita itu tidak sedar dengan kehadiran lelaki ini. Eh?

Terpulang kepada setiap individu, pasti ada perkara menarik tentang pasangan mereka. Wanita yang tinggi bukan sahaja menarik perhatian wanita pendek di luar sana hanya kerana keyakinan mereka, lelaki juga amat tertarik dengan wanita tinggi ini.



Jadi, jom baca apakah perkara menarik tersebut.

1. Wanita tinggi ibarat model ini mudah untuk di cari apabila di majlis keramaian atau di shopping mall. Sudah tentu teman lelaki atau suami anda tidak perlu pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan membuat pengumuman bahawa wanita kesayangan mereka telah hilang. Eh?

2. Jika wanita tinggi ini mempunyai pasangan yang sama tinggi, sudah tentu kalian berdua mudah berkongsi kasut atau sandal. Atau tersalah sarung kasut?



3. Sering kita mendengar, wanita yang pendek hanya dengan lelaki yang tinggi dan sebaliknya. Tetapi dengan wanita yang tinggi, lelaki tidak gemar dengan pandangan tersebut, jika mereka sudah mencintai wanita tersebut, maka ia adalah benar.

Mereka masih juga dipandang sebagai lelaki yang melindungi dan selamat pada wanita tinggi tersebut.

4. Menurut kajian, sebahagian lelaki memang minat pada wanita yang memiliki kaki yang panjang. Kerana bagi mereka, wanita berkaki panjang, seksi.

5. Lelaki juga tidak lagi mengeluh untuk mengambil barang di tempat yang tinggi kerana pasangan mereka yang tinggi sudah tentu mampu untuk mengambil barang tersebut.



6. Menurut kajian juga, sebahagian lelaki gemar melihat wanita tinggi ini berjalan. Mungkin kerana mereka memiliki kaki yang panjang.

7. Si suami yang memiliki isteri yang sama tinggi memudahkan mereka untuk memeluk dan memegang tangan ketika berjalan. Tidak perlu membongkok dan menyusahkan lelaki.

8. Bagi lelaki, wanita tinggi ini kelihatan anggun ketika berjalan, berkeyakinan tinggi dan berdikari jika dibandingkan dengan wanita yang agak pendek. Wanita pendek hanya kelihatan comel sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen