Nikah Terus, Tak Perlu Couple. Kenapa?

Pernikahan adalah syariat yang diperintahkan kita untuk melakukannya. Tetapi couple adalah perkara yang di larang didalam Islam. Ia bercanggah dengan hukum sebenar dalam tempoh perkenalan. Lebih menyedihkan, sebelum tiadanya ikatan apapun meskipun bertunang, perkara ini seolah-olah tidak berdosa untuk dilakukan.

Dalam Islam, kita dianjurkan untuk bertunang. Bertunang tujuannya untuk saling kenal mengenali. Tetapi perlulah dilandasan yang betul. Iaitu menjaga tatacara bergaul, membawa mahram apabila berjumpa dan sopan dalam berbicara.

Couple menunjukkan sebuah pasangan tidak serius dengan perhubungan tersebut. Couple dianggap hanya untuk bersuka ria dan memenuhi nafsu semata-mata. Bagi seorang lelaki, ini dianggap perkara biasa bagi mereka. Tetapi, bagi wanita, perhubungan sebelum bernikah dianggap serius. Kebanyakkannya mahu pasangan tersebut menjadi suaminya kelak. Bukan untuk bermain-main.



Tetapi, inilah kebiasaan yang kerap berlaku. Oleh itu, untuk mengenalpasti adalah seorang lelaki serius dalam perhubungan mahupun hanya untuk bersuka ria sahaja, tanyakan secara baik-baik kepada mereka. Jika betul si dia serius dalam perhubungan, mereka akan menyatakan hasrat tersebut, segera untuk mendapatkan anda dan berjumpa dengan ibu bapa.

Itulah tanda seseorang mencintai anda dan mahukan perhubungan yang matang. Bukan mempermainkan perasaan anda. Jika si dia menjawab soalan acuh tak acuh saja apabila ditanya, kemungkinan besar mereka belum bersedia ke arah tersebut. Oleh itu, untuk apa perhubungan tersebut dilanjutkan. Bukankah anda telah melakukan perkara yang sia-sia. Nasihat saya, berpisahlah dengan cara yang baik, cari yang benar-benar serius.


Kenapa tidak perlu couple sebelum bernikah? Sebab couple adalah bayangan masa depan dalam sebuah rumah tangga. Jika pasangan kita sanggup bermain cinta sebelum menjadi miliknya, dia juga berani melakukan hal tersebut apabila sudah berumah tangga. Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakkan rumah tangga hari ini runtuh. Ia juga ada kaitan dengan perhubungan sebelum nikah.

Samaada couple bersama anda mahupun bersama dengan orang lain, ia adalah bukti cinta palsu. Oleh itu jika sudah terjebak, segeralah bertaubat. Berhenti untuk meneruskan perhubungan atau sepakat untuk menjalinkan perhubungan yang serius. Itu jalan terbaik. Jika masih untuk meneruskan couple, maaf saya katakan, jangan menyesal jika rumah tangga kelak akan diuji dengan orang ketiga.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen