Gaji 'Ciput' Tapi Nak Kahwin? Sebelum Buat Personal Loan Baca Ini.

Oleh: Rafi

Nak kahwin tapi duit tak cukup untuk menampung belanja majlis perkahwinan? Shortcut bagi kebanyakan anak muda adalah dengan terus pergi bank, ambil borang pinjaman peribadi. Kalau diikutkan kata hati, sanggup buat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 untuk belanja majlis raja sehari nanti. Kita juga tidak nafikan bahawa kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kos majlis perkahwinan juga menjadi lebih mahal. Namun, jika kedua-dua pasangan bijak mengatur perbelanjaan majlis dengan bajet yang sedia ada, sudah pasti majlis tersebut masih dapat dijalankan dengan meriah tanpa perlu berhutang.



4 Kesan Jangka Panjang Buat Pinjaman Peribadi Untuk Berkahwin.

1. Komitmen tinggi.

Masalah pertama, pinjaman peribadi tadi akan mengganggu kewangan anda selepas berkahwin. Komitmen sedia ada akan meningkat apabila terpaksa membayar ansuran bulanan pinjaman peribadi tersebut. Ia akan menjadi satu bebanan sekiranya anda dikurniakan cahaya mata sebulan dua selepas berkahwin. Jika gagal membuat pembayaran ansuran bulanan dengan cantik, secara automatik nama anda akan disenarai hitamkan oleh pihak bank sekaligus mencacatkan rekod kewangan anda. Pada usia muda ini sepatutnya dalam fasa untuk memiliki aset seperti rumah; tetapi kerana pinjaman peribadi tadi, rumah yang merupakan keperluan terpaksa dilupakan buat sementara.



2. Tak dapat menyimpan.

Berkemungkinan besar anda susah untuk menyimpan setiap bulan disebabkan terpaksa bayar ansuran hutang tadi. Logiknya kalau pinjam RM50,000, ansuran kena bayar lebih kurang RM400-RM500 sebulan. Itu belum tolak macam-macam duit belanja yang lain. Bila dah bahagikan semua setiap kali dapat gaji, tinggal beberapa ringgit saja untuk diri sendiri?

3. Susah beli rumah.

Seperti dibincangkan dalam point 1, komitmen yang bertambah akan menyebabkan anda susah untuk membeli rumah. Padahal pasangan berkahwin seeloknya mempunyai rumah sendiri, daripada menyewa. Sampai bilakah nak menyewa? Kalau nanti bilangan keluarga semakin membesar pula bagaimana? Jika terus menyewa, pastinya anda memerlukan rumah yang lebih besar dan luas bagi menampung bilangan ahli keluarga yang bertambah, sekaligus sewa bulanan rumah juga semakin tinggi.

4. Tiada pelaburan.

Semua orang yang celik kewangan tahu pelaburan dapat membantu meningkatkan kewangan seseorang individu untuk jangkan masa sederhana dan panjang. Tetapi bagaimana nak mulakan pelaburan sekiranya anda gagal untuk membuat simpanan? Banyak je skim pelaburan patuh syariah seperti unit trust, emas, saham dan sebagainya. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan yang boleh diraih. Jadi kesimpulannya fikir masak-masak sebelum ambil keputusan untuk mengambil pinjaman peribadi. Kalau nak juga ambil, apakah pelan anda untuk memastikan pinjaman peribadi tadi tidak akan membebankan anda?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen