Mengapa Perlu Berjumpa Dengan Orang Yang Salah Dan Terluka?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berjumpa dengan jodoh yang sebetul-betulnya, kita selalunya akan berjumpa dahulu dengan orang yang salah. Bukannya sekali dua berjumpa dengan orang yang salah ini, boleh dikatakan banyak kali juga, sehingga hati sudah tawar untuk mencari jodoh yang sebetulnya. Dalam pencarian yang terbaik ini, sudah pasti seseorang itu perlu merasai kelukaan dan kesakitan dahulu. Barulah menghargai sebuah perhubungan yang bahagia. Jika tidak pasti akan mensia-siakan perhubungan itu. Sebab itu orang kata hubungan akan lebih berharga apabila kedua-dua pasangan itu pernah terluka.



Lima Sebab mengapa anda perlu terluka dan berjumpa orang yang salah dahulu sebelum jumpa jodoh sebenar.

1. Pengalaman.

Pengalaman dalam alam percintaan ini mampu mendewasakan seseorang. Di mana mereka ini mampu membuat seseorang itu memilih kaca ataupun permata. Setiap pengalaman yang dimiliki itu akan digunakan dengan sebaik mungkin dalam mencari pasangan yang sejatinya. Bukannya memilih untuk menghilangkan bosan atau memuaskan nafsunya.

2. Kekuatan hati.

Ia juga menguji kekuatan hati seseorang. Jadi ia akan mengajar seseorang itu dalam menempuh pelbagai dugaan yang datang dalam hidup. Dugaan yang bukan hanya dalam percintaan tetapi dalam pelbagai hubungan lain yang memerlukan kekuatan hati yang kuat.

3. Ujian.

Sebenarnya, apabila kita berjumpa dengan orang yang salah, ia adalah ujian untuk diri kita. Ujian untuk terus mara ke hadapan dengan satu motivasi baru. Dan ia juga untuk kita terus bersemangat dalam hidup kita. Hal ini kerana tak syok lah kalau hidup tak ada ujian.


4. Mendidik diri agar lebih berhati-hati.

Apabila kerap berjumpa dengan yang salah, ia juga mampu mendidik hati agar lebih berhati-hati dalam setiap perhubungan. Bukan hanya perhubungan tetapi lebih kepada hidup. Jadi semua perlukan perhatian yang terperinci sebelum membuat keputusan.

5. Agar menghargai hubungan pada masa hadapan.

Ia juga dapat membentuk satu perhubungan yang bahagia pada masa hadapan. Hal ini kerana anda akan lebih menghargai perhubungan yang mendatang. Dan menganggapnya serius bukanya untuk bermain-main.

Kesimpulannya, kita akan mendapat lebih banyak hikmah selepas bertemu dengan orang yang salah dan terluka. Hal ini kerana, semua perkara itu boleh dipakai untuk menilai kehidupan pada masa hadapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen