4 Sebab Wanita Tidak Perlu Independent Apabila Bersama Lelaki.

Sememangnya ada hikmah dijadikan wanita dan lelaki mempunyai emosi dan fizikal yang berbeza. Kerana kedua-duanya mempunyai amanah tertentu untuk dilaksanakan semasa berumah tangga kelak. Apabila bersama seorang lelaki, wanita tidak perlu menunjukkan kehebatan dihadapan mereka kerana:



1. Tanggungjawab.

Lelaki diamanahkan untuk bekerja dan memberi nafkah. Oleh itu sekiranya anda dan si dia berada di luar, biarkan saja mereka belanja. Memang menjadi kewajipan mereka untuk melakukan hal tersebut, walaupun anda bergaji tinggi. Sesekali tidak mengapa. Sebelum bernikahlah nak latih mereka menjadi ketua keluarga yang baik. Tapi, kau pun janganlah minta yang lebih-lebih. Agak-agaklah berbelanja tu. Hehe

2. Hormat.

Wanita independent suka mempertahankan apa yang dimahukan. Begini. Lelaki akan rasa dihormati sekiranya pendapat mereka diterima. Terima sahaja terlebih dahulu pendapat mereka, kemudian pujuk dengan cara yang baik. Dengan itu mereka akan rasa dihormati dan pendapat anda kemudiannya akan diterima.

3. Jadikan mereka hero.

Lelaki ini secara fizikalnya kuat. Oleh itu tidak perlulah bersusah payah untuk melakukan sesuatu yang sememangnya patut mereka lakukan. Dengan meminta bantuan mereka, mereka merasa seakan-akan hero penyelamat dunia. Hehe

4. Dipersenda.

Iyalah. Lelaki memang tak boleh orang lain lebih daripadanya. Nak-nak lagi apabila wanita yang menguasai keadaan. Apabila berlaku hal sebegini, pastinya mereka akan tersinggung kerana sifat lelaki itu adalah penyelamat. Jika berlaku sebaliknya, mereka akan mencari alasan dan bergurau kasar. Kalau mereka tak mampu, bantu apa yang patut saja. Itu sudah memadai.


Jadi, manfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang mereka ada. Jika tidak digunakan, mereka akan merasa tidak dihargai. Kemudian, berlakulah pelbagai kerenah yang akan mereka munculkan untuk menunjukkan protes mereka akan tindakan wanita. Oleh itu, pilihan di tangan anda. Jika tiada mereka, anda boleh lakukan sendiri. Jika pasangan ada bersama, minta saja bantuan mereka. Tapi perlulah dengan teknik yang betul. Baru menjadi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen