Wanita Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik. Benarkah?

 

لْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

[An-Nur: 26]

Ayat yang dinyatakan ini bukanlah bermaksud hanya wanita yang baik untuk lelaki yang baik sahaja atau sebaliknya. Tetapi ia adalah peringatan kepada kita agar memilih pasangan yang baik agama dan akhlaknya. Jika mendapat pasangan yang sebaliknya, itu adalah ujian buat kita supaya menjadi manusia hebat. Jika mampu bersabar, ganjaran syurga menanti.

Menurut kebiasaan manusia, mana-mana pasangan sudah tentunya akan memilih teman hidup yang setara dengan kehidupannya. Jika dia seorang yang baik, sudah pasti dia akan memilih pasangan hidup yang baik juga.

Tetapi bagi sebahagian orang tetap dengan pendirian tertentu. Meskipun dia seorang yang baik, keinginan untuk memiliki pasangan yang kurang baik menjadi pilihannya. Ini tidak melawan fitrah. Kerana soal cinta bukan pada baik buruk seseorang.

Mungkin ada niat baik yang ingin munculkan saat bersama. Keinginan untuk bersama pasangan yang kurang baik bukan semata-mata kerana cinta tetapi melebihi itu. Dia mahu pasangan tersebut berubah ke arah kebaikan atas asbab dia.

Meskipun begitu, sangatlah disarankan agar seorang wanita memilih lelaki yang baik. Kerana wanita sifatnya lemah lembut dan mudah terpedaya dengan rayuan atau kekerasan lelaki. Seorang lelaki yang baik disarankan untuk memilih pasangan yang kurang baik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan dosa. Itu adalah tanda cinta sejati dan patut dicontohi oleh ramai orang.

Apapun, percayalah. Setiap jodoh yang dipilih itu adalah yang terbaik buat kita. Bukan bermaksud semestinya akan bahagia sehingga akhir hayat. Tetapi ia adalah yang terbaik untuk kehidupan ini.

Misalnya, Asiah dijodohkan bersama Firaun. Allah tahu akan kekuatan Asiah yang mampu bertahan hidup bersama Firaun. Jadi, ujian tersebut diberikan mengikut kemampuan seseorang. Dengan ujian itu juga akan menentukan pahala seseorang di akhirat kelak.

Begitu juga kita. Jika kita telah bersama dengan orang yang kurang baik agama dan akhlaknya. Tetaplah bersabar menghadapi ujian tersebut. Ingat akan janji Allah akan orang-orang yang bersabar, pastinya akan dibalas dengan kebaikan nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen