Perkara-Perkara Bahaya Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Luahkan Isi Hati Anda Kepada Sahabat Baik Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang beranggapan apabila bercinta dengan kawan baik itu adalah satu yang sangat baik. Mengapa? kerana sudah saling mengenali hati budi masing-masing. Mungkin ia adalah satu hal yang baik jika masing-masing mempunyai hati yang sama dan suka antara satu sama lain. Kalau tidak, bagaimana? Pelbagai banyak hal yang anda perlu fikiran sebelum cuba untuk meluahkan rasa hati anda kepada sahabat anda.



Ini dia lima perkara yang anda harus fikir sehabis dalam sebelum meluahkan perasaan anda.

1. Risiko untuk ditolak.

Dirinya hanya menganggap anda sahabat baiknya, maka apabila anda meluahkan rasa cinta anda. Kemungkinan besar untuk si dia tolak perasaan anda itu adalah besar. Jadi anda berkemungkinan patah hati akibat kelakuan anda sendiri. Walaupun anda rasakan pada mulanya sahabat anda juga mempunyai perasaan yang sama dengan anda.

2. Mungkin tiada keserasian.

Walaupun anda dan dirinya bersahabat baik, ia berlainan dengan menjalinkan hubungan cinta. Jika anda dan dirinya menjalinkan hubungan cinta, anda mungkin tidak akan menjadi pasangan yang serasi. Mengapa? sebab hubungan anda dahulu sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang yang anda sukai dan cinta dalam diam.

3. Hilang rasa selesa.

Apabila sahabat anda sudah tahu mengenai rasa cinta anda, pasti akan timbul rasa tidak selesa akan dirinya terhadap anda. Si dia juga mungkin cuba untuk menjarakkan dirinya dengan anda. Kerana risau akan anda akan memaksanya untuk menerima diri anda. Jadi pilihan terbaik anda dan dirinya adalah putuskan persahabatan anda.


4. Berisiko kehilangan sesuatu yang berharga.

Meluahkan rasa cinta terhadap sahabat adalah satu hal yang perlu difikir sedalam mungkin. Jika anda tersalah kata dan si dia tidak mempunyai hati terhadap anda. Anda mungkin kehilangan sahabat baik anda selamanya. Sahabat yang anda luahkan rasa keluhan dan rasa hati anda. Sesuatu yang sangat berharga.

5. Tahu kisah cinta lama mereka.

Anda dengannya telah menjalinkan hubungan persahabatan yang agak lama, pasti setiap hubungan kisah cinta dirinya sudah anda tahu. Begitu juga dengan dirinya. Pasti setiap baik buruk hubungan cinta anda sudah tahu. Dan bagaimana sikap anda ketika bercinta dahulu. Sudah tentu si dia tidak mahu terlibat dalam hubungan cinta dengan anda.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, sahabat baik adalah lebih sesuai untuk terus bersahabat. Tidak perlu ditukar untuk menjadi satu hubungan cinta. Tetapi jika si dia mempunyai satu perasaan yang sama tidak mengapa. Jika tidak anda mungkin akan hilang suatu perkara yang paling bernilai dalam hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen