Yakin. Pasti Allah Gantikan Si Dia Dengan Orang Yang Lebih Baik Setelah Berubah.

Apabila kita berniat untuk menjadi seorang yang lebih baik, semestinya kita akan berada dilingkungan orang soleh solehah. Allah akan menggantikan sahabat lama kita yang dahulu dengan sahabat yang baru. Ketika itulah kita akan berjumpa juga dengan jantina lawan jenis.

Pada awalnya ya. Mungkin perit untuk melakukan penghijrahan. Dengan sindirin rakan-rakan yang kadang kala membuat kita down, si dia masih lagi mengganggu meskipun dia tahu kita ingin berubah, teringat lagi akan si dia. Semua ini adalah cubaan yang perlu ditempuh.

Tetapi, ketika kita telah bertekad betul-betul untuk berubah, pasti akan dibantu oleh Allah. Dengan syarat perlu sabar, redha atas semua ketentuan setelah berhijrah dan sentiasa berdoa agar diberi ketetapan iman.

Kemungkinan sebelum ini pernah berpegang tangan, bersentuhan, terlanjur dengan dengan si dia. Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menjadi seorang yang lebih baik. Jadikan kesilapan tersebut sebagai pembangkin semangat untuk berubah. Dengan demikian kita akan bersungguh-sungguh untuk bertaubat kepada Allah.

Dengan kesungguhan tersebut, tentu Allah akan menerima taubat dan membantu kita untuk bersama pasangan yang lebih baik daripada si dia. Bahkan jodoh mungkin datang dari arah yang tidak di sangka-sangka. Kerana jodoh ini adalah ketentuan Allah. Hanya saja kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Usaha juga perlu dengan pelbagai cara. Mungkin dengan bantuan orang lain, berusaha sendiri untuk mendapatkannya atau sememangnya telah Allah gerakkan seseorang untuk mendekati kita. Jika Allah gerakkan hati seseorang yang baik mendekati kita, maka beruntunglah.

Siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, pasti Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. Termasuk juga dengan hal jodoh. Jika mempunyai ujian setelah berhijrah, kuatkan hati untuk menempuh segala ujian tersebut. Kerana sebenarnya Allah sengaja untuk test hamba-Nya. Dia ingin tahu hamba ini berubah kerana Dia atau selain-Nya. Jika kita berubah kerana-Nya, pasti kita mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk menggapai kehidupan yang lebih baik. Yakin!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen