Kenapa Wanita Perlu Mahalkan Diri?

Wanita sifatnya lemah lembut dan lemah. Sudah semestinya dia perlu menjaga diri terlebih dahulu sebelum dijaga oleh orang lain sebelum bernikah kelak. Mahalkan diri bukan bermaksud dengan hantaran perkahwinan yang tinggi. Tetapi dengan menjaga harga diri supaya terpelihara dari anasir-anasir yang tidak diingini. Antara sebab wanita perlu mahalkan diri kerana:



1. Terhindar daripada syaitan bertopengkan manusia.

Lelaki hari ini tidak sama dengan lelaki dahulu. Amat mudah bagi mereka memperdayakan wanita. Lelaki bertopengkan manusia sifatnya seperti haiwan, bahkan lebih teruk daripada itu. Jadi, untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh lelaki tersebut. Mahalkanlah diri.

2. Mendapat cinta sejati.

Dengan mahalkan diri, hanya orang yang berani dan bertanggungjawab sahaja akan mendapatkan wanita begini. Kerana cinta mereka tidak mudah untuk didapatkan. Mereka tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

3. Akan dihormati.

Sudah tentunya dengan menjaga kehormatan diri, dia juga akan dihormati oleh orang lain. Apabila selalu bermesraan dengan orang yang tidak sepatutnya, ini menyebabkan lelaki memandang rendah terhadapnya dan mudah memperdaya wanita tersebut.

4. Terhindar dari dosa.

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan menjaga diri, dia dapat menjauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa yang tidak sepatutnya dilakukan. Maruah diri, keluarga dan agama juga terjamin.


Oleh itu, usah terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki. Lebih baik menjaga diri sebelum dinikahi. Dengan demikian, anda juga akan mendapat cinta sejati kelak. Jika sudah tersalah langkah sebelum ini, segeralah bertaubat. Kerana Allah itu sangat kasih akan orang yang bertaubat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen