5 Tanda Anda Dengan Pasangan Tidak Boleh Dipisahkan.

Anda dan pasangan ibarat belangkas. Bukan si dia sahaja tidak mahu melepaskan anda pergi kemana-mana, anda juga ibarat tidak dapat lagi bernafas ketika si dia tidak berada di sisi. Anda dan pasangan memang tidak boleh dipisahkan walau ke mana sahaja.



Jadi, adakah anda tergolong dalam golongan ini? Jom baca!

1. Menemani ke semua majlis.

Kadang-kala, ada sahaja sahabat anda yang mahukan majlis untuk perempuan atau lelaki sahaja. Tetapi anda dan pasangan seperti, tidak boleh dipisahkan. Mahu juga menemani si dia untuk ke mana-mana majlis.

Nak hang out dengan rakan-rakan wanita sahaja pun, boyfriend kena ikut ke?

2. Mula melupakan sahabat.

Anda dan bff seperti tidak boleh dipisahkan sebelum ini, pergi ke mana-mana pasti dengan bff. Tetapi sejak anda sudah ada pasangan, bff anda bagaikan hilang dari padangan mata anda. Tahap angau anda pada pasangan sudah kritikal apabila muka bff pun nampak seperti wajah si dia. Eh?

3. Segala cita-cita dan impian anda hanyalah dengan si dia sahaja.

Sebelum bertemu dengan si dia, anda mempunyai cita-cita yang tinggi, mahu mencapai impian dan bekerja keras untuk setiap perkara itu. Tetapi sejak kehadiran si dia, anda bagaikan melupakan segala cita-cita dan impian anda.

Segalanya bagaikan mimpi dan apa yang anda hanya nampak adalah, si dia sahaja.



4. Anda seperti hidup di alam kayangan.

Apabila hidup anda hanya dengan pasangan sahaja. Hanya mahu kan keindahan dalam bercinta dan tiada yang lain. Tidak fokus pada pekerjaan, keluarga, adik-beradik mahu pun sahabat, anda hidup bagaikan di alam fantasi.

Berada di alam kayangan, segalanya indah belaka, hanya ada anda dan dia.

5. Anda tiba-tiba tersedar, siapakah diri anda yang sebenar?

Pada suatu masa, anda bagaikan tersedar. Ketika ini kemungkinan anda hidup di alam realiti, sama ada anda yang terlalu sibuk atau pun dia. Semua perkara di sekeliling sebenarnya mahukan perhatian daripada anda. Tetapi anda sendiri yang tidak sedar apabila semua mula berjauhan.

Tiba-tiba anda keseorangan tanpa si dia dan peka dengan alam realiti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen