Jom Ketahui Antara 10 Alasan Wanita Yang Ingin Berkahwin Lambat.

Kadang-kala masyarakat hanya membuat andaian, gadis-gadis mahu pun wanita yang lambat berkahwin berpunca sebab terlajak umur dan tak laku, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah..



Jom baca antara alasan popular dari kalangan wanita yang ingin berkahwin lambat.

1. Kerana kerja.

Alasan kerana kerja, agak cliché kerana majoriti wanita memang bekerjaya, tetapi ada juga sebahagian daripada mereka mampu merancang untuk berkahwin awal. Fokus pada kerja dan telah jatuh cinta dengan kerja, kerja, dan pada kerja sahaja.

2. Kerana hutang.

Sebagai wanita yang sudah bekerja, sudah tentu anda dikelilingi dengan hutang ptptn, kereta malah pinjaman modal perniagaan jika ada. Anda menyatakan bahawa anda ingin langsaikan hutang, tetapi anda sendiri tidak tahu, bilakah tarikh sebenar hutang akan dilangsai. Seperti tiada penghujungnya.

3. Kerana hala tuju kehidupan.

Anda mempunyai cita-cita dan perancangan sendiri. Jadi, anda mahu focus pada hala tuju hidup anda tanpa kehadiran orang lain. Alasan ini anda seperti amat mementingkan diri sendiri. Hati-hati!



4. Kerana belum temui jejaka idaman.

Anda mahu kan jejaka idaman itu juga jatuh hati pada anda. Hmmm…memang ke sudah tak dapat sis.

5. Kerana ingin membantu keluarga.

Berkemungkinan anda adalah seorang anak sulung, dan anda mahu memastikan semua kemahuan dan keperluan ibu bapa dan adik beradik cukup. Anda seorang yang bertanggung jawab, malah sangat prihatin pada keluarga.

6. Kerana sudah biasa hidup berdikari.

Anda sudah terlalu biasa hidup berdikari, pergi ke mana sahaja keseorangan.



7. Kerana mahu menunggu perkahwinan sahabat baik.

Si A dah kahwin, B juga, C coming soon. Semua sahabat baik anda telah dan bakal berkahwin, tetapi anda masih juga belum berkahwin.

8. Kerana anda masih muda berjiwa remaja.

Alasan tipikal setiap wanita mahupun orang sekeliling.

“Eh, anak saya tu muda lagi, tunggu la kerja dia stabil dulu” kata si ibu. Padahal, anak sudah pun berumur 30 tahun.

9. Kerana ingin mendalami ilmu agama.

Anda masih lagi mahu perbaiki diri sendiri, mana-mana kelemahan diri anda mahu upgrade supaya dapat bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

10. Alasan yang paling popular adalah tidak sedia menerima komitmen.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen