Tanda Cinta Anda Sempurna Sebelum bernikah.

Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya. Sudah pasti apabila cinta itu murni, perlu juga berpaksikan dilandasan yang betul. Iaitu berlandaskan syariat Islam. Sekiranya cinta itu dipelihara dengan baik, sudah tentunya perkahwinan kelak akan bahagia dan diberkati oleh Allah. Antara petanda cinta anda sempurna adalah:



1. Kelakuan bertambah baik.

Jika seseorang menjaga cinta terhadap Allah, sudah tentunya dia mempunyai akhlak yang baik. Dia terlebih dahulu cinta akan Allah, barulah cinta kepada manusia. Dengan itu, cinta kepada manusia menyebabkan dia tidak lalai dan berpaling dengan cinta yang sebenar iaitu cinta kepada Allah.

2. Ibadah semakin sempurna.

Sudah tentunya, apabila kita mempunyai kesedaran akan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri kelak, kita akan berusaha memperbetulkan ibadah. Kerana kita mengetahui, kitalah yang akan mencorakkan keluarga yang bagaimana nantinya. Adakah keluarga muslim, majusi atau nasrani?

3. Pergaulan terjaga.

Cinta sempurna dapat dibuktikan melalui cara bergaul sebelum bernikah. Sebaik mungkin dijaga batas pergaulan. Bukan dengan merosakkan wanita atau lelaki yang dicintai. Jika perlu berjumpa, bawalah mahram bersama agar terhindar daripada fitnah.

4. Bekerja keras untuk mengahwini seseorang.

Seorang lelaki yang ingin mengahwini wanita yang dikasihi adalah membuktikan kesungguhan mereka dalam bekerja. Wanita pula menjadi pendorong kepada lelaki tersebut untuk menjadi seorang yang berjaya.

5. Serius dalam hal perkahwinan.

Jika benar seorang lelaki menyintai wanita yang dia sayangi, sudah tentunya dia akan mempercepatkan ikatan. Jika masih tidak mampu untuk berkahwin, sekurang-kurangnya bertunang terlebih dahulu. Itu lebih baik daripada bermain wayang bersama wanita tersebut. Seolah-olah mempermainkan cinta seorang wanita.


Apabila cukup kesemua ini, anda dan pasangan boleh dikategorikan sebagai cinta sempurna. Sekiranya belum menepati, tidak mengapa. Berusahalah mencari cinta sebenar. Cinta yang bukan sekadar khayalan, tetapi ia sebuah kenyataan yang dibuktikan dengan ikatan perkahwinan yang sah dan diberkati Allah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen