4 Sebab Utama Kenapa Wanita Cantik Lebih Memilih Lelaki Yang Tidak Handsome.

“Ia bukan kerana duit, tetapi kerana dihormati dan lebih dicintai”


Realiti, kita sering dipertontonkan dengan wanita cantik dengan lelaki yang kurang kacak. Masyarakat sering mempersoalkan, “Kenapa lelaki tak handsome selalu dapat perempuan yang lebih cantik?”, “Dah macam beauty and the beast”.

Lantas, mulut kepochi masyarakat sering menganggap wanita cantik memilih lelaki yang tidak handsome hanya kerana duit semata-mata. Tetapi adakah majoriti lelaki yang tidak memiliki rupa paras yang handsome ini, memang benar mempunyai harta yang banyak? Kerjaya yang berkaliber?



Bagaimana pula dengan lelaki yang tidak handsome, harta pun kurang, tetapi masih menjadi pilihan wanita? Apa lagi, jom baca antara sebab-sebab nya!

1. Hubungan lebih berkekalan.

Menurut kajian daripada Daily News, perkahwinan antara wanita cantik dengan lelaki yang tidak handsome lebih bahagia dan gembira.

Secara normal, lelaki yang kurang handsome ini akan lebih bermotivasi untuk menjaga wanita cantik kesayangan mereka. Senang cerita, mereka memang betul-betul menghargai wanita cantik daripada lelaki yang handsome tetapi kasanova.

2. Wanita bukan memilih hanya kerana rupa, tetapi ingin dihormati dan dicintai.

Jika lelaki ingin dihargai, begitu juga wanita. Bukan setakat hanya mahukan perhatian dan dibelai, tetapi dihormati, dihargai, diterima kekurangan mereka dan dicintai.

Bagi wanita, memilih lelaki yang kurang handsome dan lebih berpengetahuan agama, membuatkan mereka rasa betul-betul inginkan apa yang mereka idamkan selama ini.



3. Wanita lebih bijak daripada lelaki.

“Guys see through their eyes, women see through their ears”

Kerana akhirnya, lelaki akan tetap memilih wanita yang cantik kerana untuk menjadi tatapan mereka. Wanita yang bijak, akan memilih lelaki yang kurang handsome kerana mereka merasakan, mereka boleh melaram seperti apa yang mereka idamkan.

Jika dengan lelaki handsome, wanita cantik merasakan, mereka seperti perlu bersaing dari segi paras rupa dan tidak mahu lelaki itu menjadi lebih handsome dan menjadi tatapan wanita yang lain.

Lelaki jika dah mula merasakan diri mereka sudah handsome, mereka mula mencari spare part. Itu yang wanita tidak mahu.



4. Lelaki ini lebih berkeyakinan tinggi.

Siapa sangka, lelaki yang kurang handsome pada mata masyarakat sebenarnya lebih bijak mengambil hati wanita dan berani mengorat mereka secara bersemuka. Malah, mereka tidak berputus asa untuk mendapat wanita cantik tersebut dengan apa jua kaedah.

Lelaki ini juga, berani pergi ke rumah ibu bapa wanita ye. Lelaki yang handsome pergi mana? Bawa anak dara orang kulu kilir tanpa keputusan mahu bernikah ke?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen