5 Cara Untuk Bercinta Dengan Teman Lelaki Yang Sibuk Dengan Kerjaya.

Kini, wanita millennial seolah-olah mahu kan teman lelaki yang bekerjaya tetap dan mempunyai gaji yang lebih tinggi pada usia muda. Bagi mereka, lelaki seperti ini dapat menjamin masa depan kerana mempunyai harta dan mampu menyara hidup mereka.

Namun sedemikian, hidup mereka sedikit bosan kerana teman lelaki mereka terlalu sibuk dengan kerjaya dan seperti tidak meluangkan masa dengan mereka.



Jadi, apakah wanita seperti ini patut lakukan supaya mereka tidak merimaskan teman lelaki mereka, jom baca!

1. Luangkan masa untuk bertemu dengan rakan-rakan.

Anda perlu rajin bersosial dan bertemu dengan rakan-rakan yang mungkin anda pernah lupakan sebelum ini. Bukan mencari ketika anda susah tidak mempunyai kewangan yang stabil, tetapi ingin memenuhi masa dengan aktiviti baru bersama rakan-rakan baru atau lama.



2. Mencari hobi baru.

Perkara yang anda sentiasa lakukan adalah, manicure, pedicure, menonton wayang dan makan di restoran yang fancy. Tidak salah sekiranya anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti di luar bidang anda, seperti bersukan, berzumba, atau hiking.

Bukan sahaja dapat menambah kenalan baru, malah tubuh badan anda menjadi lebih sihat.

3. Merancang pertemuan istimewa dengan si dia.

Apa kata kali ini, anda pula merancang pertemuan istimewa dengan si dia. Oleh kerana si dia yang terlalu sibuk dengan kerjaya, anda sebagai wanita, perlu lah menjadi kreatif untuk merancang detik-detik temu janji dengannya.

Jika, anda hanya berharap pada si dia, kelak anda pula akan rasa kecewa.



4. Ambil tahu jadual kerja si dia.

Jika anda mengambil berat tentang pasangan anda, sudah tentu anda perlu mengambil tahu jadual kerja mereka. Wanita yang mudah ada syak wasangka, harus mengambil tahu jadual kerja pasangan, supaya anda tidak menganggu waktu kerja mereka dan boleh melakukan aktiviti anda sendiri.

5. Bijak mengawal perasaan.

Sudah tentu teman lelaki bekerjaya menjadi pilihan anda bukan? Jadi, anda perlu bijak mengawal mood anda sekiranya teman lelaki tiba-tiba membatalkan temu janji last minute.

Jika anda sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan anda, bagaimana untuk meneruskan hubungan millennial ini? Mampu atau tidak untuk berdampingan lelaki yang bekerjaya?



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen