5 Rahsia Tentang Lelaki Yang Wanita Wajib Tahu.

Lelaki adalah seorang manusia yang kurang berbicara, namun naluri hati mereka kuat mengatakan bahawa mereka ingin difahami dan dihargai oleh kaum wanita. Mereka sememangnya ego, tetapi dalam masa yang sama mereka inginkan perhatian daripada wanita kesayangan.

Berkemungkinan mereka sendiri malu untuk melakukan semua perkara berlebih-lebihan, jadi mereka ingin sentiasa nampak maintain dan simple, pendek kata tidak nampak gelabah.



Wahai wanita, jom baca apakah sebenarnya rahsia lelaki yang wajib anda tahu supaya anda lebih memahami mereka?!

1. Lelaki tidak meluahkan perasaan secara terang-terangan.

Lelaki dianggap misteri kerana sifat mereka yang suka sembunyikan perasaan.

Namun hanya sebahagian lelaki sahaja yang gemar meluahkan perasaannya secara terang-terangan, malah menghantar whatsapp dengan text yang panjang berjela. Lelaki ini dikategorikan sebagai lelaki sensitif.

Tetapi kebiasaannya, lelaki memang bukan mudah untuk menunjukkan reaksi, wanita perlu bijak untuk menguruskan situasi begini dan perlu sentiasa komunikasi dengan mereka. Jangan membuat pelbagai andaian okay!



2. Ucap ‘ I Love You’ melalui perbuatan.

Seperti point yang pertama, lelaki memang bukan mudah untuk meluahkan perasaan secara terangan apatah lagi mengucapkan ungkapan ‘I Love You’ setiap hari. Namun jika anda mempunyai pasangan yang sentiasa mengucapkan ungkapan ini, anda amat bertuah kerana sememangnya lelaki ini amat menyintai anda!

3. Lelaki lebih serius dalam perhubungan.

Perhubungan yang serius bermaksud adalah hubungan ke arah perkahwinan, bukannya hubungan serius sebelum perkahwinan tetapi berlanjutan hingga beberapa tahun tanpa memutuskan untuk berkahwin.

Jika dia memberitahu anda perkara sebenar tentang keinginan menyimpan duit untuk masuk meminang anda, mengikat perut mereka untuk simpanan, anda amat bertuah! Tunggu masa anda okay! Jangan curang!



4. Lelaki suka berkongsi hobi dengan kekasihnya.

Jika lelaki sering berkongsi cerita tentang hobi mereka kepada wanita kesayangannya, anda perlu tahu bahawa mereka inginkan anda memahami tentang mereka tanpa rahsia. Mereka lakukan sebegini kerana mereka mahu lagi mengeratkan hubungan antara kalian berdua.

5. Lelaki perlukan ruang dan masanya sendiri.

Di pendekkan cerita, lelaki memang tidak gemar di kongkong! Mereka bukan seperti wanita yang hanya bergantung harap semua perkara daripada lelaki, dan ingin di belai.

Satu masa lelaki memang inginkan perhatian, tetapi jika mereka tiba-tiba senyap mereka sudah tentu inginkan ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat. Cukup jika wanita mempercayai mereka, sudah tentu nanti mereka akan mencari anda kerana rindu!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen