Faktor Wanita Perlu Lebih Berhati-hati Memilih Suami.

Dalam memilih pasangan hidup, wanita mempunyai hak samaada untuk menerima mahupun menolak lelaki yang ingin melamar wanita tersebut untuk dijadikan isteri. Ketika dalam tempoh pertunangan juga, wanita masih boleh membuat keputusan dalam memilih pasangan hidup. Jika tiada keserasian antara kedua-dua pasangan, maka boleh digubalkan tanpa mengaibkan seorang lelaki. Antara faktor wanita perlu berhati-hati dalam membuat pilihan memilih pasangan hidup menurut pandangan @werdan 12 kerana:



1. Keizinan dan restu.

Setelah berumah tangga, setiap keputusan yang dibuat perlu mendapat keizinan daripada suami terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi dalam hal kekeluargaan dan peribadi wanita tersebut. Hatta untuk keluar rumah perlu meminta izin daripada sang suami.

2. Emosi.

Seperti yang diketahui, wanita banyak menggunakan emosi berbanding rasional dalam membuat keputusan. Kemudian, dia mudah terpengaruh atau mudah tertekan sekiranya mempunyai banyak masalah. Oleh itu, dengan memiliki pasangan yang memahami karekter wanita, akan menjadikan wanita tersebut lebih tenang apabila tertekan.

3. Hak pembubaran perkahwinan.

Sebelum mendirikan rumah tangga, wanita masih mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup. Tetapi apabila sudah berumah tangga dengan lelaki tersebut, maka hak pembubaran perkahwinan terletak di tangan suami. Jika mempunyai sebarang masalah, wanita perlu menjadi lebih kuat kecuali masalah tersebut terlalu besar, barulah boleh dibubarkan di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

4. Kesetiaan.

Apabila sudah bersama, wanita tidak boleh mempunyai pasangan lain untuk dijadikan teman hidup. Suami itulah perlu diuruskan setiap hari, susah senang bersama dan menempuh kerenahnya yang pelbagai.


Jadi, sebelum mengambil keputusan untuk menetapkan calon pasangan, seorang wanita perlulah memikirkan hal-hal tersebut. Adakah lelaki tersebut mampu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin kelak atau sekadar mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada terhadap anda. Sebaiknya berbincanglah hal-hal penting sebelum berkahwin lagi agar kelak tidak menimbulkan perbalahan antara pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen