Lima Sebab Mengapa ‘Bad Boy’ Sentiasa Menjadi Pilihan Para Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai ‘bad boy’ ini ia bukan berkaitan dengan seorang lelaki yang tidak elok kelakuannya. Tetapi ia lebih bersifat lelaki yang agak nakal namun dalamannya penuh dengan kebaikan. Ramai yang beranggapan apabila ‘bad boy’ sahaja, itu bermakna lelaki jahat. Tidak, ‘bad boy’ ini biasanya lelaki lebih menonjol berbanding lelaki-lelaki lain. Tetapi mengapa perempuan lebih memilih ‘bad boy’? Pasti mereka ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana ia mampu memikat hati wanita-wanita di luar sana.



Ini dia lima sebab mengapa wanita lebih suka memilih ‘bad boy’ berbanding ‘good boy’.

1. Lebih berani.

Lelaki bad boy ini biasanya lebih berani berbanding lelaki lain. Bukan berani untuk berlawan tenaga atau bergaduh. Tetapi apabila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan lelaki, dia lah orang yang pertama akan ke depan walaupun tahu akan risiko yang menanti. Ini yang buat wanita-wanita tidak berkelip mata memandang.

2. Lebih agresif.

Setiap tindakan lelaki bad boy ini juga lebih agresif berbanding lelaki lain. Mereka ini lebih penuh dengan pelbagai kelakuan yang tidak dijangka. Alah, macam penuh dengan kejutan. Setiap tingkah lakunya itu bagaikan tidak boleh dibaca apa yang akan dia lakukan. Tidak sampai sesaat ada sahaja kelakuannya yang mampu mencuit hati wanita.

3. Lebih menawan.

Bad boy ini biasanya lebih kelihatan menawan dengan personaliti mereka yang tersendiri. Aura yang dibawa dan dikeluarkan juga berlainan. Gaya pemakaian dan tingkah laku mereka ini juga cukup menambat hati sesiapa sahaja yang mengenali dirinya.


4. Lebih tegas.

Bila bad boy saja mestilah orangnya tegas. Kalau tak tegas macam mana nak jadi seorang yang berani. Mereka ini bukan panas baran tetapi lebih kepada tetap pendirian. Kalau mereka kata A maka A lah juga hingga ke sudah. Wanita pula suka lelaki mengarah dan membimbingnya. Jadi memang bad boy lah pilihan mereka.

5. Lebih bersifat melindungi.

Ini adalah sifat bad boy yang wanita paling suka, apa lagi kalau bukan bersifat melindungi. Apabila berada di sisi mereka, pasti mereka akan melindungi setiap wanita yang mereka sayangi. Jadi wanita pula akan rasa lebih selamat jika berada di sisi mereka sepanjang masa.

Tapi ia bergantung juga pada setiap individu. Tidak semua wanita juga memilih bad boy sebagai pasangan hidup. Cuma kebanyakan akan memilih yang bersifat berani dan melindungi dirinya. Dan kebiasaannya bad boy sahaja yang memiliki sifat itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen