Ujian Hebat Untuk Orang Hebat.

Tidak semua orang dikurniakan ujian bertimpa-timpa. Bahkan ada yang sering dilanda musibah sejak kecil lagi. Terasa hidup terlalu malang. Tetapi, ketahuilah, disebalik musibah tersebut sudah tentunya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin saja Allah ingin mengangkat darjat seseorang, mungkin juga Allah tidak ingin kita hidup dalam keadaan lalai.

Ujian hebat untuk orang hebat. Lebih besar musibah yang melanda seseorang, lebih besar jugalah ganjaran pahala yang Allah berikan kepada seseorang. Ujian bukan bermaksud kita lemah. Itulah yang menunjukkan seseorang mampu untuk menempuhi ujian tersebut. Bukan calang-calang orang Allah berikan ujian. Dia hanya memberikan kepada orang tertentu sahaja.



Apabila bergaduh dengan pasangan, kekurangan wang apabila bersama, pasangan atau kita sendiri sakit, berpisah. Itu semua adalah perkara yang tidak disukai oleh sebahagian orang. Tetapi bagi orang yang kuat imannya, dia akan tetap senyum dan bersikap positif atas ujian yang diterima.

Allah tidak akan menguji seseorang sekiranya dia tidak mampu. Sebenarnya kemampuan itu lebih diketahui oleh Allah. Hanya saja kita bersikap bagaimana. Adakah kita dapat menerima ujian tersebut dengan baik, mahupun terus berpaling kepada Allah. Jika kita bersabar, maka beruntunglah. Kerana dengan kesabaran tersebut akan diberikan pahala di sisi Allah.


Bersyukurlah dengan apa jua keadaan. Apabila diberi nikmat, kita bersyukur. Apabila ditimpa musibah, kita bersabar. Itulah sifat muslim yang sebenar. Dengan keadaan begitu, barulah hidup akan terasa tenang. Kerana kita telah bersedia menumpuhi apa jua situasi.

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 

[Al-Baqarah: 155]

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen