Lima Tanda Si Dia Tidak Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah lama bercinta ini, pasti setiap akan terdetik setiap pasangan untuk berkahwin. Biasanya kaum wanita lah yang mempunyai hasrat untuk berkahwin awal. Tetapi bagi kaum lelaki pula, mereka perlu tunggu kedudukan dan kewangan mereka stabil dahulu. Barulah mereka fikir untuk berkahwin. Tapi apa jadi, sekiranya anda telah bersedia tetapi pasangan anda pula tidak bersedia. Walhal si dia sudah stabil mengenai kedudukan dan kewangan. Eh, macam mana nak tahu yang seseorang itu belum bersedia?



Ini dia tanda pasangan anda itu masih belum bersedia untuk berkahwin dengan anda.

1. Tidak bercakap mengenai perkahwinan.

Apabila anda mula bercakap mengenai perkahwinan sahaja, mula lah pasangan anda gelisah dan ingin menukar topik. Jika anda hendak menguji pasangan anda, mudah sahaja. Katakan sahaja, bahawa ibu bapa anda sudah menyuruhnya masuk meminang. Kalau si dia beri alasan. Sah la si dia masih belum bersedia.

2. Menghindari untuk pergi ke majlis perkahwinan bersama anda.

Apabila tiba majlis rakan-rakan anda, pasangan anda terus sahaja menolak untuk menemani anda ke majlis itu. Ada sahaja kerja yang perlu dilakukan untuk hari itu. Tapi kenapa? Sebab apabila tiba di majlis perkahwinan nanti pasti rakan-rakan anda akan bertanya mengenai majlis anda. Jadi untuk hilangkan rasa tidak selesa lebih baik tidak pergi menemani anda.

3. Mempunyai pelbagai alasan.

Apabila mula sahaja bincang untuk berkahwin, si dia terus sahaja bagi alasan. Duit tidak cukup lah, masih ada hutang la, kerja tak tetap lagi lah dan pelbagai lagi alasan. Setiap kali bincang perbagai lagi alasan yang timbul. Dah terang lagi bersuluh, si dia tidak bersedia lagi.


4. Selesa dengan kehidupan sekarang.

Bila bercakap mengenai selesa dengan kehidupan solonya. Ini bermakna si dia langsung tidak berfikir untuk berkahwin dengan ada. Si dia sangat gembira dengan kehidupannya yang penuh keseronokan. Dan anda juga keseronokan dan keselesaan hidupnya. Jadi sebab itu lah si dia tidak berfikir untuk berkahwin dengan anda.

5. Tidak merancang apa-apa untuk masa depan.

Ini adalah perkara yang lagi sudah jelas. Si dia tidak pernah mempunyai rancangan untuk hidup bersama anda? Tidak pernah rancang untuk menikahi anda. Walaupun sudah lama bercinta. Baginya itu bukan satu perkara yang penting. Dan tidak perlu dijadikan rancangan untuk masa depan. Jadi sampai bila?

Kesimpulannya, apabila pasangan anda telah betul-betul bersedia untuk berkahwin dengan anda. Si dia akan meletakkan anda sebagai impian dan matlamat dalam hidupnya. Di samping itu juga meletakkan segala usahanya untuk menghalalkan anda. Walaupun terpaksa mengikat perut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen