Tiga Ucapan Ini Mampu Membuat Pasangan Jarak Jauh Anda Bahagia Seharian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan bercinta secara matang ini biasanya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membalas mesej setiap saat. Mereka ini hanya membicarakan hal-hal terpenting mahupun hanya membuat panggilan apabila perkara-perkara yang betul-betul mustahak. Kalau tiada apa-apa pasti seharian tidak berhubung. Kadang kala pasangan itu sendiri terlupa dia mempunyai kekasih. Manakala lagi seorang pula rasa terabai apabila pasangannya terlalu sibuk.



Tahukah anda untuk kekal bahagia setiap pasangan itu perlu saling berhubung. Walaupun mengenai perkara yang ringkas. Tetapi, cukup hantar tiga mesej ini kepadanya mampu membuat pasangan anda bahagia seharian. Apa tiga mesej itu?

Ini dia, tiga mesej yang mampu membuat pasangan anda senyum lebar seharian.

1. “Selamat pagi sayang.”

Ucapan ini kelihatan ringkas tetapi membahagikan pasangan anda. Cuba anda bayangkan, selepas seharian tidak bertegur tapi apabila waktu pagi anda membaca mesej ini di telefon anda. Pasti anda akan tersenyum dan terus sahaja bersemangat bukan. Sama sahaja dengan pasangan anda. Ucapan ini membuatkan pasangan anda tahu bahawa selepas sahaja bangun tidur dialah yang anda difikiran anda.

2. “Selamat malam sayang.”

Rutin harian yang memenatkan pasti membuat anda senang terlena apabila mendapat bantal dan tilam. Tapi, jangan tidur dahulu. Ucapkan selamat malam buat pasangan anda untuk si dia tahu bahawa dirinya sentiasa di dalam fikiran anda. Tidak adalah masalah dikemudian hari.


3. “Good luck untuk hari ini sayang.”

Jika anda tahu pasangan anda akan mengalami satu tugasan cabaran dalam hidupnya. Tidak kira temu duga, berjumpa dengan pelanggan kerjanya ataupun hadapi ujian peperiksaan ke. Ucap sahaja “semoga berjaya” atau “good luck” untuk membuat dirinya lebih bersemangat untuk menempuhi cabaran itu. Ia juga seumpama anda sentiasa menyokongnya dari belakang walau apa pun yang terjadi. Walaupun anda tidak berada di sisinya.

Jika anda benar-benar sibuk, hantar tiga mesej ini sahaja untuk membuat pasangan anda bahagia. Tidak kisah lah, baik lelaki atau wanita yang memulakan dahulu. Yang penting ia membahagiakan pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen