Lima Jenis Dugaan Yang Datang Mengganggu Perhubungan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai perhubungan ini, pasti setiap orang mempunyai dugaan yang berlaku dalam hidupnya yang tersendiri. Begitu juga dalam percintaan, ia juga mempunyai dugaan untuk menguji kekuatan dalam perhubungan kalian. Kalau kalian tidak berjaya mengharunginya bersama, sayang macam mana pun pasti tidak akan dapat jalani hubungan yang baik. Dugaan-dugaan ini datang bersebab, dan semuanya adalah untuk mengenali hati budi pasangan anda. Walaupun ada rasa anda sudah cukup kenal tapi melalui ujian ini anda akan lebih mengenali. Tapi bagaimana dugaan itu datang mengganggu perhubungan kalian?



Ini dia, lima jenis hubungan yang akan mengganggu hubungan kalian, hati-hati.

1. Doktor cinta.

Setiap orang pasti mempunyai doktor cinta bukan? Ia boleh jadi kakak kita atau sahabat baik kita. Biasanya, doktor cinta ini hadir untuk membantu, seseorang itu dalam masalah cinta. Sebagai contoh memberi nasihat yang terbaik mengenai perhubungan. Tapi itu lah bila dah ada doktor cinta ini pula pemikiran menjadi pelbagai cabang. Lagi-lagi bila dicucuk oleh doktor cinta ini. Terus semua tidak kena.

2. Emosi.

Perkara yang sentiasa melibatkan emosi ini tidak lain tidak bukan mestilah, seorang wanita. Emosi wanita yang sentiasa tidak menentu ini lah boleh menyebabkan pelbagai dugaan datang. Sebab apa? Sebab emosi mereka ini berubah-ubah. Kejap marah kejap sedih kejap gembira. Jadi susah lah pasangan mereka nak mengagak emosi mereka pada waktu itu. Dan akhirnya berlaku ketidak sefahaman.

3. Mula tidak menghargai.

Orang kata kalau dah jadi hak milik ini memang lah kita tidak hargai. Cuba kalau kita sudah kehilangan orang itu, barulah mula nak hargainya. Betulkan? Jadi bila anda rasa anda sudah berjaya memiliki pasangan anda, anda mula rasa mahu mengabaikannya. Kelakuan pun sudah tidak sama macam baru-baru anda ingin mendapatkannya. Rasa dingin dan renggang.


4. Percaya pihak ketiga.

Biasanya orang ini hadir kerana cemburu akan hubungan kita yang bahagia, tidak pun dia menyukai anda atau pasangan anda. Jadi dengan menyatakan hal-hal buruk anda kepada pasangan anda atau sebaliknya. Itulah yang menyebabkan hubungan anda dan pasangan sedikit bergolak. Tambah-tambah lagi apabila anda lebih mempercayainya dan bukannya pasangan anda. Ingat! Kepercayaan itu penting. Orang begini hanya mahu lihat hubungan anda putus di tengah jalan sahaja.

5. Berjumpa dengan lebih baik.

Apabila sudah terikat dengan satu perhubungan, mula lah nampak orang itu lebih cantik, lebih baik, lebih kacak dan pelbagai lagi. Walhal pasangan kita ini sebenarnya lebih bagus dari orang yang kita lihat itu. Cuma kita sahaja yang tidak melihatnya dengan lebih mendalam. Itu yang rasa orang lain lebih baik.

Bagaimana anda untuk menangani dugaan yang mendatang dalam hubungan ini adalah bergantung pada anda dan pasangan anda. Kalau anda berjaya mengharungi bersama, pasti kebahagian milik anda. Tapi kalau tidak, anggap sahaja jodoh anda bersama yang lain dan anggap hubungan lalu sebagai pengajaran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen