Bertunang Tanpa Sengaja. Opss!

Bertunang tanpa sengaja? Bagaimana tu? Pernah ke alami perkara sedemikian dalam hidup? Kadang, perkataan yang membawa maksud untuk menikahi dan menerimanya menimbulkan banyak tanda tanya tentang hal berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal ini, teruskan pembacaan.

Mengikut istilah yang boleh difahami oleh kita, meminang adalah meminta izin seseorang untuk dinikahinya. Misalnya menyatakan, “boleh tak saya jadi suami awak nanti?” “lepas habis belajar, kita kahwin nak?” Dengan menyatakan hasrat itu, ia dikira meminang.



Bertunang adalah bersetuju dengan penyataan tadi. Misalnya. “Okey. Saya setuju je kalau awak jadi suami saya.” “Oh. Baguslah kalau macam tu. Saya sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan awak.” Ini contoh sahaja ya. Baik, dengan ‘persetujuan’ tersebut, maka seorang lelaki dan wanita dikira telah pun ‘bertunang.’ Oleh itu, dalam hal ini berhati-hatilah jika ingin meluahkan perasaan terhadap seseorang.

Jika ada orang lain ingin meminang wanita tadi, hendaklah seorang wanita membuat penilaian dan memilih mengikut kecederungan hati. Jika ingin memutuskan pertunangan dengan lelaki A, maka mintalah persetujuan dengan sebaik mungkin lelaki A. Ketika ini, seorang wanita mempunyai hak untuk memutuskan pertunangan. Berbeza dengan perkahwinan, hanya lelaki yang dibenarkan untuk memutuskan perkahwinan atau bercerai.


Apabila sudah bertunang dengan lelaki A, haram hukumnya menerima pinangan lelaki B. Ini akan menyebabkan pertindihan atas pertunangan. Tetapi sekiranya telah pun berkahwin dengan lelaki B, maka pekahwinan itu sah, tetapi tindakan menerima pinangan ke dua tadi tetap dikira berdosa.

Selama ini kita memikirkan bertunang itu hanyalah suatu majlis bukan? Ketahuilah, bahawasanya majlis yang diraikan oleh orang terdahulu hanyalah adat. Tidak juga boleh kita salahkan adat. Adat kadang kala menjadikan kita lebih beradab. Iyalah. Jika mahukan seseorang, adalah lebih sopan jika kita bertemu dengan ibu bapanya terlebih dahulu kerana mereka membesarkan wanita yang ingin dinikahi.


So, adakah sah jika pertunangan hanya diketahui oleh seorang lelaki dan wanita itu sahaja? Iya. Sah. Kecuali jika gila dan belum akil baligh. Jika termasuk dalam dua kategori ini, perlulah mendapat persetujuan ibu bapa. Jelas ya?

Maka, berhati-hatilah kita dalam bab ini. Jangan sesekali terlepas atau sengaja bermain-main dengan istilah atau perkataan tersebut. Jika mempunyai kekeliruan,bertanyalah kepada yang pakar dalam bab agama untuk dijadikan rujukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen