Ketahui 4 Perkara Yang Perlu Dihadapi Setelah Bernikah Kelak.

Setiap perhubungan mempunyai cabaran masing-masing. Cuma kita sendiri perlu pandai menghadapi situasi tersebut agar semua perkara dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga dengan perkahwinan, tentunya mempunyai cabaran yang tersendiri. Antara cabaran yang perlu dihadapi setelah bernikah adalah:



1. Karekter pasangan.

Karekter wanita dan lelaki adalah berbeza. Sebelum bernikah,mungkin banyak keindahan yang ditonjolkan oleh pasangan. Kerana kebiasaannya pasangan ingin menjaga perasaan anda. Tetapi ketahuilah, setelah bernikah, banyak perbezaan pendapat akan berlaku. Oleh itu berbincanglah dengan pasangan secara baik dan fahami karekter pasangan dengan banyakkan membaca dan mendalami ilmu tersebut.

2. Kewangan.

Sudah tentunya kewangan adalah perkara yang sangat merisaukan bagi pasangan baru. Satu hingga lima tahun pertama adalah waktu untuk pasangan membina kerjaya dan masa depan. Oleh itu memakan masa sedikit agar dapat hidup dalam keadaan selesa. Hadapilah dengan tenang walau dalam keadaan susah mahupun senang. Percayalah, kesusahan itulah memberikan makna yang indah ketika berusia kelak. Baru ada kenangan hidup kan?

3. Tanggungjawab.

Lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Ketahui tanggungjawab tersebut sebelum melangkah ke jengjang pelamin lagi agar tidak mempunyai salah faham apabila berumah tangga kelak. Suami biasanya akan menjadi pelindung dan wanita akan menjadi pendamping. Oleh itu kenali tanggungjawab tersebut dengan lebih teliti.

4. Keluarga pasangan.

Sudah tentunya apabila berkahwin, kita akan menghadapi keluarga pasangan. Terimalah keluarga tersebut walau bagaimana keadaan sekalipun keluarga tersebut. Jika anda menerima pasangan, bermaksud anda menerima keluarga pasangan juga. Kerana mereka telah menjadi sebahagian keluarga dalam hidup anda.


Oleh itu, hadapilah situasi berikut dengan tenang. Pelajari ilmu rumah tangga melalui pelbagai cara. Yang penting dalam perkahwinan perlu bertolak ansur agar semua masalah dapat diselesaikan dengan cara yang betul.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen