Kenapa Wanita Mudah Memaafkan?

Walaupun luaran wanita kelihatan sedikit kasar, tetapi hatinya tetap lembut dalam memaafkan seseorang yang dia sayangi. Fitrah kelembutan itulah menyebabkan dia boleh menerima kembali seseorang seadanya.

Tetapi perlu diketahui, walaupun dia mudah memaafkan, dia juga payah untuk melupakan. Lihat saja kehidupan anda bersama pasangan. Perkara sudah berlalu terlalu lama bahkan berpuluh-puluh tahun pun mereka boleh ungkitkan kembali. Mungkin kerana fitrah seorang wanita yang mempunyai kekuatan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi hal yang memberi kesan dalam hidupnya.



Wanita dan cermin berpisah tiada. Kemana sahaja wanita pergi, pastinya cermin akan bersamanya. Hidupnya tanpa cermin bagaikan tidak lengkap. Hatta jika terserempak dengan cermin pun, pasti mereka akan menjenguk seketika, melihat wajah dan memperbetulkan pakaian.

Perumpaan wanita dan cermin itu sama. Apabila cermin dilemparkan, kemudian serpihan tersebut dicantum kembali. Tentu saja masih lagi boleh memantulkan sesuatu objek, tetapi tidak sempurna seperti sebelumnya. Kesan itu masih berbekas pada cermin.


Begitu jualah dengan wanita. Mereka boleh memaafkan seseorang. Tetapi untuk menghilangkan keperitan dari memori amatlah payah. Maka, berhati-hatilah dengan mereka. Sensitiviti mereka terhadap sesuatu terlalu tinggi.

Oleh itu, hargai mereka sebaik mungkin. Selama ini dia banyak berkorban kepada orang disayangi. Sanggup kehilangan harta, bersusah payah bersama pasangan, mengharungi hidup bersama. Jadi, usah berlengah menghargai mereka dan usah sekali melukainya.

Pesanan buat wanita pula, janganlah terlalu mengungkit kesalahan seorang lelaki. Kerana dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa ramai dikalangan wanita akan dicampakkan ke dalam api neraka kerana mereka mudah lupa kebaikan seorang lelaki iaitu suaminya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen