Apa Itu Bahagia?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bahagia, satu perasaan yang sukar digambarkan oleh seseorang namun dapat dirasai dengan begitu mudah. Mengapa mudah? Apabila ia lahir dengan sendirinya tanpa perlu paksaan daripada sesiapa. Bahagia itu boleh lahir dalam pelbagai bentuk. Ia juga hadir tanpa kita diduga. Bila-bila masa sahaja ia boleh hadir.

Tahukah anda bahawa kebahagiaan itu datang dari dua arah iaitu datang dari arah luaran dan arah dalaman. Arah luaran itu seperti hadir dari sikap kita terhadap orang lain. Seperti ketika anda sedang bersama pasangan, ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan anda. Atau hal-hal mengenai dunia. Manakala arah dalaman pula ialah, hubungan kita dengan tuhan dan diri sendiri. Anda pernah merasai bahagia itu?



Bagaimana kita tahu kita bahagia? Bagaimana bahagia itu hadir tanpa kita sedar?

1. Rasa ketawa yang begitu puas.

Anda pernah rasa ketawa yang membuatkan anda begitu puas hati. Walaupun ia bukan perkara-perkara yang sangat kelakar? Tetapi ia terjadi apabila anda sedang berada di samping rakan-rakan anda yang membuat anda rasa bahagia memiliki mereka sebagai rakan anda. Anda dapat merasakan yang mereka begitu menyenangkan dengan kehadiran anda. Dan anda tidak rasa disisihkan.

2. Rasa senyum yang begitu tulus.

Senyum yang biasa anda berikan kepada seseorang dengan senyuman yang tulus ini sangat berbeza. Senyuman tulus ini boleh terjadi apabila anda merasa begitu sedih namun rasa bahagia. Ia mampu melahirkan satu senyuman yang sangat tulus. Sebagai contoh, senyuman selepas anda bergelar seorang isteri. Anda mungkin sedih melihat ibu bapa anda tetapi anda bahagia berjaya mengakhiri satu hubungan percintaan dengan satu ikatan yang sah.


3. Rasa syukur dengan nikmat-Nya.

Nikmat yang Allah berikan kepada anda adalah satu kebahagiaan yang tidak dapat anda tandingi. Rasa bersyukur ketika diberikan kerja yang elok, mendapat pasangan yang baik serta dikelilingi orang yang memahami. Semua perkara itu tidak mungkin diperoleh oleh sesetengah orang. Jadi rasa syukur itu juga dikira bahagia yang hanya anda dapat rasai bukan orang sekeliling anda.

Mungkin banyak lagi rasa bahagia yang ada dalam hidup seseorang itu. Namun ia tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Jadi apa-apa pun sentiasa mensyukuri setiap nikmat bahagia yang telah diberikan oleh-Nya. Kerana semua rasa dan ujian itu datang darinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen