4 Cara-Cara Utama Untuk Mencintai Wanita Yang Berjiwa Besar.

Wanita yang berjiwa besar adalah seorang yang sangat berdikari, sangat gemar dengan aktiviti lasak dan tidak suka dikongkong. Mereka ego, tetapi tidak pula terlalu keras kepala, masih boleh dilentur jika kena dengan cara pasangan yang ingin mencintai mereka.

Mereka juga seorang yang berperikemanusiaan dan suka menolong orang lain yang dalam kesusahan. Mereka juga di anggap seperti seorang yang happy-go-lucky tetapi mereka tidak pula hipokrit tentang perasaan mereka. Mereka masih mengaku dan suka meluahkan perasaan jika berasa sedih atau kecewa.

Di sebabkan mereka berjiwa besar, mereka kadang kala tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk bercinta kerana terlalu melebihkan orang lain.



Jadi, lelaki bagaimana yang bertuah untuk mengejar cinta mereka? Dan bagaimana untuk mencintai wanita seperti ini sepenuh hati, jom baca!

1. Jangan cuba mengongkong mereka.

Tiada siapa yang suka dikongkong bukan? Namun bagi wanita berjiwa besar, sentiasa berkomunikasi dan mendengar pendapat mereka. Jika anda tidak suka mereka melakukan sesuatu aktiviti, berikan solusi apa yang baik dan buruk. Sentiasa bertukar pendapat dengan mereka.

2. Belajar untuk mengenali cara mereka.

Wanita berjiwa besar kadang kala gemar meluahkan apa yang mereka rasa, dan mereka tidak malu untuk memberi reaksi terhadap pendapat anda. Mereka sangat komited dan berkeyakinan dengan segala aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, anda sebagai lelaki perlu menerima mereka dengan hati terbuka.



3. Memberikan mereka kebebasan.

Wanita berjiwa besar sangat gemarkan pada kebebasan. Bebas bukan bermaksud boleh melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya, tetapi mereka seperti ingin terbang. Mereka ingin pergi kemana-mana dengan mudah dan sentiasa melihat dunia luar.

Jangan bimbang wahai lelaki, mereka tidak akan berlaku curang jika anda benar-benar mempercayai mereka dan jika anda yang tidak memulakan dahulu dengan berlaku curang.

4. Minda yang terbuka.

Lelaki yang ingin mencintai wanita yang berjiwa besar, perlu mempunyai minda yang terbuka. Perlu sentiasa mengetahui isu semasa dan apa yang berlaku di sekeliling anda. Mereka kadang kala bukan sahaja gemar meluahkan perasaan, tetap gemar bercerita tentang keadaan sekeliling.

Mereka tidak suka dengan keadaan yang agak bosan, mereka gemar berfikir dan bercerita tentang masa hadapan. Jadi, lelaki perlu sentiasa mendengar cerita mereka, dan berkongsi pendapat.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen