Lima Alasan Untuk Satu Perhubungan Yang Tidak Mampu Membuat Anda Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau bercinta ini confirm bahagia, tetapi terdapat perkara-perkara yang berlainan yang menyebabkan seseorang yang melibatkan diri dalam perhubungan itu tidak bahagia. Ia mungkin kesalahan dari sebelah pihak atau kedua-dua pihak. Tetapi jika sudah tidak bahagia untuk apa pertahankan lagi. Adalah lebih elok jika anda mencari seseorang yang mampu membuat anda bahagia. Tetapi sebelum memulakan perhubungan baru itu, cuba kaji dahulu jika anda nyatakan lima alasan ini menjadi punca hubungan anda tidak bahagia.

Apa alasan itu?



1. Rasa cemburu.

Cemburu itu wajib dalam perhubungan, tetapi biarlah bertempat. Jika cemburu tidak bertempat, ia hanya akan menyebabkan pergaduhan sahaja antara anda dan pasangan. Jadi untuk apa? Untuk menyakitkan hati sendiri? Cuba kawal rasa cemburu anda, jika anda ingin merasai satu perhubungan yang membahagiakan.

2. Suka membandingkan.

Ini adalah perkara yang tidak patut dilakukan. Anda yang memilih pasangan anda untuk bersama dengan anda. Tetapi anda membandingkan dirinya dengan pihak yang ketiga. Anda juga sering membandingkan hubungan anda dengan hubungan orang lain. Jadi bagaimana nak bahagia, jika terlalu sibuk dengan orang lain.

3. Tidak tahu menghargai.

Tidak menghargai pasangan juga boleh menyebabkan rasa tidak bahagia dalam perhubungan. Ia adalah satu rasa yang menyebabkan anda ingin mencari orang yang baru sebagai pasangan anda. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan anda berlaku curang terhadap pasangan anda.


4. Memendam rasa.

Setiap perkara perlu diluahkan dan jangan disimpan di dalam hati. Jangan pernah sesekali cuba untuk memendam apa yang terbuku di hati. Hal ini akan menyebabkan anda mula rasa tawar hati dengan perhubungan anda. Dan ia juga boleh menimbulkan rasa benci terhadap pasangan anda.

5. Tidak mahu berkorban.

Dalam perhubungan ini, jika tidak mahu berkorban demi kebaikan pasangan dan perhubungan ia bukanlah satu perhubungan yang menjadi. Hal ini kerana, pasangan yang rela berkorban demi pasangannya seumpama satu jaminan yang akan membuat pasangannya terus setia di sisinya. Tetapi kalau sebelah pihak sahaja yang berkorban, ia seumpama terhegeh-hegeh atau hanya bertepuk sebelah tangan.

Jadi dalam membina perhubungan yang bahagia ini agak sukar dan ia memerlukan sefahaman dari kedua-dua belah pihak. Tetapi jika untuk membina hubungan yang tidak bahagia ini teramatlah mudah. Pilihan di tangan anda, dan anda mahukan yang mana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen