Sebelum Ingin Bertemu Jodoh Yang Baik, Belajar 4 Perkara Ini Untuk Berfikiran Positif.

Setiap manusia ingin kan perubahan dalam diri mereka, malah mereka juga ingin menjadi lebih baik daripada kisah silam mereka. Harapan mereka yang berubah inginkan istiqomah dan mendapat jodoh yang baik-baik.

Ini kerana jika kita belajar perlahan-lahan untuk berubah menjadi baik, kelak akan di kelilingi oleh orang yang baik, mendapat sahabat yang sentiasa berfikiran positif dan bermotivasi, malah perspektif kita terhadap dunia juga berubah menjadi lebih baik.

Jom ketahui, apakah perkara yang anda perlu berubah dan belajar secara perlahan-lahan untuk berfikiran positif?

1. Belajarlah untuk tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain, walaupun anda di sakiti.

Ini kerana jika anda keluar daripada kalangan orang yang suka menyakiti antara satu sama lain, itu adalah petanda utama anda sudah matang untuk menguruskan hidup sendiri. Anda tidak mahu tergolong dalam golongan itu dan tidak mahu setaraf dengan mereka.

2. Belajarlah untuk tidak memberi respon dalam setiap hal.

Tidak memberi respon segala perkara terutama yang negatif bukan bermaksud anda boleh menerima perkara itu secara total. Tetapi, anda berfikir dahulu sebelum bertindak. Lebih banyak anda berkata-kata, lebih terdedah personaliti anda yang tidak baik pada orang lain.

“Jangan berlagak pandai”. Anda tidak perlu berdrama. Anda tidak perlu bertelingkah dalam setiap hal. Hanya menjadi pemerhati dan jika pendapat anda diperlukan, baru anda boleh bersuara.



3. Jika seseorang menyakiti hati anda, belajarlah untuk tidak bertindak dengan emosi.

Sering terjadi pada wanita, kerana mereka merasakan dengan meluahkan kata-kata kesat dan melemparkan amarah terhadap orang yang menyakiti mereka, dapat meredakan tekanan.

Namun, ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah situasi menjadi lebih teruk. Jika semakin anda bertindak mengikut perasaan dan beremosi, orang ramai akan ketahui sikap sebenar dan mula akan menjadi batu api.

4. Belajarlah untuk menerima segala hal dengan hati yang terbuka.

Jika anda sering memberi respon yang negatif dan memberontak, anda perlu ingat, tiada siapa akan berubah untuk anda. Tiada siapa akan menghormati anda, menyayangi malah memberi nasihat. Mereka tidak akan berubah fikiran walau apa cara sekali pun.

Mengapa pentingnya untuk berubah menjadi insan yang berfikiran positif? Kerana perkahwinan dalam jangka masa yang lama, bukan sahaja melibatkan suami atau isteri di rumah, tetapi dengan ahli keluarga pasangan. Jika anda sendiri tidak mahu merubah, bagaimana untuk menguruskan keluarga, bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen