Lima Perkara Yang Menjadi Kerisauan Wanita Ketika Menjalinkan Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila melibatkan diri dalam perhubungan, seorang wanita pasti akan mengalami kebimbangan yang melampau berbanding lelaki. Hal ini kerana, kerisauan untuk merasa tidak menarik hingga menyebabkan pasangannya pergi meninggalkan dirinya. Bagi lelaki pula, mereka tidak membimbangkan sedikit hal pun kerana, bagi mereka seseorang itu perlu menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangannya. Tetapi wanita tidak, kalau boleh ia mahu menjadi paling menarik di mata pasangannya berbanding wanita lain.



Maka dengan itu timbullah lima perkara yang menjadi kerisauan kaum wanita ketika dalam perhubungan.

1. Rasa kurang menarik.

Setelah berbulan-bulan bercinta, wanita semakin merasakan diri mereka kurang menarik perhatian pasangannya. Dia mula rasa kurang berkeyakinan jika hendak dibandingkan ketika mula-mula bercinta dahulu. Jadi dia akan mula rasa curiga mengenai kawan-kawan disekeliling pasangannya. Walaupun pada hakikatnya, dia masih sama seperti dahulu.

2. Rasa diri gemuk.

Ini adalah perkara yang begitu sensitif bagi seorang wanita. Bagi mereka kehidupan yang bahagia mampu menaikkan berat badan mereka. Jadi ketika dalam perhubungan, mereka merasakan pertambahan berat badan yang semakin menaik, walhal ia adalah bayangan dirinya. Dan dirinya yang merasakan badannya kelihatan sedikit gemuk.

3. Siapa difikiran pasangannya.

Wanita ini begitu memeningkan kepala, di mana dia akan memikirkan setiap inci mengenai pasangannya. Termasuklah apa yang sedang pasangannya fikirkan. Kalau boleh dia ingin tahu mengenai semua perkara. Ia juga sentiasa membimbangi ada apa di dalam fikiran pasangannya, siapakah yang pasangannya sedang fikirkan sekarang.


4. Adakah dia tertarik dengan orang lain.

Apabila sudah kurang berkeyakinan, seorang wanita akan mula memikirkan adakah pasangannya sudah mula bosan dan mula tertarik dengan wanita lain. Jika semakin kurang pasangannya melayani karenahnya, semakin banyak perkara yang bermain difikirannya. Walaupun sebenarnya pasangannya langsung tidak tertarik dengan mana-mana wanita disekelilingnya.

5. Mengapa dia mengabaikan anda.

Ini juga menjadi kerisauan bagi seorang wanita. Apabila pasangannya tidak membalas mesej-mesej yang dihantarnya ia akan merasakan dirinya diabaikan. Walaupun pada ketika itu, pasangannya sedang sibuk berkerja atau sedang lagi tidur. Apabila mula rasa terabai, maka fikirannya mula bercelaru.


Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, wanita ini bukan memeningkan kepala tetapi mereka ini terlalu sayang akan pasangannya. Jadi disebabkan kerisauan ini lah, wanita lebih suka mencari gaduh terhadap pasangannya. Apa yang mereka mahukan hanyalah perhatian dari pasangannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen