Berikan Cinta Sepenuhnya Setelah Bernikah.

Memberikan cinta sebelum waktunya adalah perkara yang sia-sia. Malah perkara tersebut dilarang dalam islam. Oleh itu, berikan cinta apabila sudah di akad nikah. Setelah akad nikah, berbaiah, “sumpah setia” dengan pasangan, barulah cinta itu diberikan sepenuh hati.

Cinta akan seseorang itu fitrah, tetapi perlulah mempunyai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jika ingin bertemu, bawalah mahram sekali agar tidak terjebak dengan fitnah. Sekadar stalk di laman sosial, melihat sekilas pandang apabila si dia melintasi di jalan tidak mengapa. Usahlah berlebihan apabila si dia belum menjadi hak sebenar.



Hati adalah sesuatu yang paling mahal dimiliki oleh seseorang. Bukan dinilai  dengan berapa banyak wang hantaran, tetapi berapa banyak dia menjaga batas sebelum bernikah. Apabila seseorang dapat menjaga hatinya sebelum nikah, itulah nilai yang paling mahal untuk pasangannya. Maka, beruntunglah kedua-dua pasangan yang telah menjaga diri sebelum menjadi haknya.

Hati juga mencerminkan perilaku dan akhlak seseorang. Bukankah kita pernah mendengar akan hadis yang menyatakan bahawa dalam diri manusia mempunyai seketul  daging. Apabila ia baik, maka baik jugalah dia. Begitu jugalah jika sebaliknya. Apakah itu? Ia adalah hati. Maka, peliharalah hati tersebut dengan baik. Kerana pasangan kita adalah cermin diri kita.


Jika berkeinginan untuk mengahwini seseorang, berusahalah bertemu ibu bapanya. Katakan anda benar-benar ingin mengahwini si dia. Tunjukkan kesungguhan apabila mengumpulkan wang hantaran jika mereka mahu. Sekiranya tidak mampu melakukan apa yang diminta, berbincanglah dengan cara yang baik dan matang.

Setelah bernikah, waktu ini adalah waktu yang paling tepat untuk mengexpresikan cinta terhadap pasangan. Perkara yang selama ini haram, setelah nikah semuanya halal bagi suami isteri. Bersabarlah seketika menunggu hari pernikahan. Kesabaran itu juga membuahkan pahala. Kerana kita berusaha untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh allah.

Apabila sudah halal, maka berikan cinta sepenuh hati. Kerana dialah yang paling berhak mendapatkan cinta daripada kita ketika itu. Maka, usahlah apabila telah didapatkan, dicari pula yang lain. Itu bukan cinta sejati. Terima pasangan seadaanya. Kerana pasti, kita juga mempunyai kekurangan yang tersendiri yang tidak nampak kerana seringnya kita memandang pasangan dengan kanta pembesar sedangkan kita tidak pernah melihat diri menggunakan cermin untuk melihat kekurangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen