Perancangan Bersama Pasangan Sebelum Bernikah Bagi Mengelakkan Kobocoran Kewangan Di Awal Perkahwinan.

Apabila mendirikan rumah tangga. Tentunya masalah kewangan di awal perkahwinan akan timbul. Banyak yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa setahun untuk menampung segala kos kehidupan berumah tangga. Duit simpanan bagi wang hantaran sudah tentunya sudah digunakan. Oleh itu, setiap pasangan perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan di awal perkahwinan. Antara perkara yang boleh dirancang untuk mengelakkan kobocoran kewangan di awal perkahwinan adalah dengan:



1. Bebas hutang.

Target utama apabila sudah berumah tangga, berusahalah menghapuskan hutang yang ada. Hutang berikut seperti pinjaman pendidikan dan kenderaan. Selain itu juga, usahlah menambah hutang di awal perkahwinan ini. Kerana kita tidak tahu kemungkinan yang berlaku kelak. Sebaiknya lebihan gaji setiap bulan disimpan dengan baik untuk kegunaan kecemasan nanti.

2. Utamakan keperluan.

Bezakan antara keperluan dan kehendak. Jika ia berbentuk kehendak, tangguhkan saja pembelian tersebut. Antara contoh bentuk kehendak adalah telefon berjenama. Jika anda sangat memerlukan telefon andaikata rosak, belilah mengikut kemampuan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa setahun di awal perkahwinan.

3. Hidup bersederhana.

Sudah menjadi adat apabila baru berumah tangga, rumah yang baru dipindah kelihatan kosong dan tidak mempunyai banyak barang. Usah terpengaruh dengan drama televisyen. Baru berumah tangga, lengkap semuanya. Khalayan saja semua tu. Jadi, beli barangan keperluan terlebih dahulu setiap bulan apabila mendapat gaji. Setelah keperluan mencukupi, barulah beli barangan kehendak. Yang penting, rancang awal.

4. Strategi penjimatan.

Antara yang boleh diusahakan untuk mengelakkan kebocoran kewangan adalah dengan masak sendiri. Makan di luar adalah sangat mahal jika dibandingkan masak di rumah. Oleh itu, berusahalah sama-sama saling membantu suami isteri untuk masak di rumah. Masak lauk yang mudah dan ringkas saja sudah mencukupi. Itu lebih baik. Barulah dapat feel susah payah bersama. Sweet gitu. Hehehe

5. Tambah ilmu.

Sudah tentu ilmu kewangan adalah sangat penting dalam menentukan strategi yang ingin dirancang untuk masa hadapan. Oleh itu, carilah ilmu melalui pelbagai cara. Ketahui bagaimana teknik menyimpan yang betul, cara membeli rumah tanpa ditipu dan boleh menjana pendapatan kelak dan pengurusan kenderaan yang baik.


Maka, bijaklah dalam merancangan kewangan di awal perkahwinan. Usah memikirkan keseronokan sahaja. Adalah lebih baik merancang sebelum mendirikan rumah tangga lagi. Good luck dan selamat merancang!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen