Mengapa Poligami Itu Menyakitkan Bagi Seorang Wanita…

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai poligami pasti seseorang wanita itu mudah melenting. Itu belum lagi apabila suaminya sendiri yang berkata ingin berpoligami. Pasti hati serta fikirannya tidak keruan dan celaru akan keputusan suaminya itu. Bagi seorang isteri dan wanita, bermadu atau poligami itu adalah satu hal yang paling menyakitkan, kalau boleh perkara tersebut tidak ingin berlaku dalam rumah tangganya. Tapi bagi seorang lelaki atau suami, bermadu atau berpoligami itu adalah perkara yang manis dan bahagia.



Tahukah anda wahai lelaki, seorang wanita mampu hilang pertimbangan apabila mendengar berita suaminya mahu menduakan dirinya. Walaupun dijanjikan payung emas di akhirat kelak, seorang wanita pasti tidak mampu mengharunginya di dunia ini. Walaupun di dalam hatinya menyatakan redha tapi hakikatnya si isteri pertama banyak makan hati.

Tiga perkara ini membuatkan seorang wanita itu, menolak sekeras-kerasnya mengenai poligami dalam hidupnya.

1. Takut suami tidak adil.

Sebelum bernikah baru, seorang suami pasti akan menjanjikan keadilan bagi isteri pertamanya. Tetapi apabila sudah bernikah baru, janji-janji itu hanya palsu seperti tidak pernah diucapkan. Seorang isteri ini, begitu takut jika suami mereka tidak berlaku adil terhadap mereka. Perkara apa yang perlu diadili? Perkara seperti nafkah, hak bermalam serta keperluan-keperluan lain. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan hak anak-anak pula? Jika si isteri tidak bekerja bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka? Banyak perkara yang akan difikirkan oleh isteri pertama apabila si suami menyatakan akan berlaku adil selepas berpoligami.


2. Rasa cemburu yang melampau.

Wanita ini mampu menyembunyikan rasa sayangnya terhadap seorang lelaki selama bertahun-tahun. Tetapi seorang wanita itu tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun seminit. Jadi bagaimana dirinya ingin melepaskan suaminya ke pelukan wanita lain. Pasti rasa cemburu akan muncul dan membawa kepada sifat amarah yang sangat melampau. Akhirnya apa akan jadi? Pasti akan berlaku pergaduhan antara isteri-isteri yang dimadukan itu.

3. Hilang tempat berlindung.

Suami adalah tempat seorang isteri berlindung bahaya daripada apa sahaja yang bahaya yang mendatang. Apabila seorang suami mempunyai lebih dari satu isteri, pasti perhatiannya juga sudah berubah. Suami pasti tidak lagi fokus pada isteri yang pertama. Jadi si isteri akan merasa kehilangan tempat berlindung.

Walaupun ramai wanita yang menentang poligami, tetapi ada sahaja yang boleh menerima perkongsian suami ini. Cuma kehadiran wanita-wanita kuat ini tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Hal ini kerana, wanita yang betul-betul kuat dan terpilih sahaja yang boleh menerima ujian seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen