Cara Bercinta Dengan Pasangan Introvert, Ikuti Empat Langkah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika pasangan anda adalah seorang yang introvert, anda perlu berhati-hati dalam menjalinkan cinta dengannya. Hal ini kerana, mereka ini sangat tersusun dalam setiap perkara wang mereka lakukan. Dan jika anda tersilap langkah, pasti mereka ini akan mengangkat kaki meninggalkan anda. Anda tidak tahu ciri-ciri seorang yang introvert? Mereka ini adalah seseorang yang pendiam, suka sembunyikan segala hal dan tidak menunjukkan tingkah yang sebenar, di hadapan orang lain.



Empat perkara yang anda perlu lakukan sebelum bercinta dengan pasangan introvert.

1. Berhati-hati dalam penyusuan masa.

Anda perlu menyusun jadual anda dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana, pasangan introvert ini dikatakan lebih berhati-hati dalam penyusunan masanya. Ada masa yang sesuai anda akan bertemu dengannya ada kalanya tidak. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai waktu-waktu yang tersendiri untuk dirinya sendiri. Tapi anda sebenarnya boleh menggunakan masanya dengan aktiviti yang sesuai dengannya, seperti pergi muzium, melukis, atau berjalan-jalan di taman.

2. Tetapkan matlamat.

Pemegang personaliti introvert ini biasanya mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Jadi, sila sesuaikan matlamat anda dengan dirinya agar mudah anda menyelami apa yang disukai dan apa yang tidak. Mana tahu anda masuk ke dalam salah satu matlamatnya.


3. Tetapkan peraturan temu janji.

Setiap kali keluar pasti akan ada peraturan. Hal ini kerana pasangan anda mungkin seseorang yang sangat teratur. Jadi peraturan dalam temu janji anda dengan dirinya adalah penting. Anda ikutkan sahaja setiap peraturan yang diletakkannya.

4. Jadi diri sendiri.

Apa yang penting dalam perhubungan ialah anda perlu menjadi diri sendiri. Hal ini kerana, sifat semula jadi itu lebih membuat seseorang itu cepat selesa dengan sendirinya. Anda juga akan merasa selesa tanpa perlu berpura-pura.

Kesimpulannya, bercinta dengan pasangan introvert ini tidak lah susah mana. Mereka ini bukan jenis yang cerewet dan memilih. Tetapi mereka ini lebih suka bersembunyi dan segala-galanya teratur. Jadi tidak perlu risau lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen