Karekter Seseorang Yang Cinta Hanya Kerana Nafsu. Hati-hati!

Cinta kerana Allah dan cinta kerana nafsu dapat dibezakan dengan beberapa ciri-ciri yang dapat dikenal pasti melalui pandangan dan rasa seseorang. Orang yang mempunyai karekter tersebut perlu kita jauhi agar kita tidak tertipu dengan kata-kata manisnya sehingga kita terjerumus ke gerbang dosa atau dikhianati olehnya kelak. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Jadi, hati-hati dengan orang yang mempunyai karekter ini:



1. Menilai kecantikan.

Kebiasaan ini terdapat kepada lelaki. Kecantikan itu sangat dititik beratkan dalam perhubungan. Apabila ada sedikit cela, maka dia cepat melatah dengan perkara tersebut. Lebih dasyat lagi, dia sanggup meninggalkan wanita tersebut kerana hilangnya kecantikan wanita itu.

2. Menilai material.

Wanita yang hanya mahukan pasangannya mempunyai harta yang banyak, dia menjadi tidak cukup dengan apa yang ada. Itu tanda orang tidak bersyukur. Maka, lelahlah seorang lelaki untuk berusaha memuaskan kehendak pasangannya. Jika lelaki tersebut dalam kesusahan, bukan dibantu, malah dilemparkan dengan kata-kata keji dan meninggalkan lelaki tersebut.

3. Tidak mengendahkan nasihat.

Apabila keinginannya dianggap lebih penting dan tidak mempedulikan kehormatan orang lain, maka nasihat buatnya tidak memberi kesan apa-apa. Lebih menyedihkan ketika dia sanggup mengherdik orang yang memberikan nasihat kepadanya.

4. Memenuhi nafsunya.

Ketika hanya nafsu sahaja yang ingin didapatkan, maka kehormatan diri sanggup digadaikan. Lelaki pandai bermain kata-kata, wanita mudah termakan kata-kata. Maka, terjadilah perkara yang tidak diingini.


Dalam menempuh dunia yang banyak rintangan ini, kita perlu pandai menjaga diri dan cekap menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Terutamanya seorang wanita. Dengan menjaga kehormatan diri, Allah juga akan memberikan kita pasangan yang terbaik untuk membina rumah tangga kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen